Assalamualaikum (:
Terlalu cepat masa berlalu, tgk2 Ramadhan dah semakin hampir ke penghujung. sedih nya :( rasa macam tak puas lagi ber-Ramadhan. Entah la tahun depan sempat ke tak. harap2 masih ada lah peluang untuk kita, ameen ya rabb ! (:
Menjadi lumrah seorang muslim, ramai yang sukakan Ramadhan sebab pahala dan rahmat Allah yang berlipat kali ganda. Sampai ada yang simpan duit 11 bulan sebab nk bersedekah banyak2 dalam bulan Ramadhan. Amal tak tahu la culture ni betul ke tak, tapi pada pandangan Amal yang tak banyak ilmu ni, ada canggung nya sikit budaya macam tu. hmm. kan ? :/
Dua hari lepas, Amal berkesempatan ke Institut Taufiq Islami, Shah Alam, rumah anak2 yatim. Hajat di hati Amal dan kawan2, nk berprogram di sana. Selesai berbincang dengan Ustaz penjaga anak2 kat sana, terpacul lah satu ayat daripada mulut beliau, "Kamu berprogram ni, jangan lah bulan Ramadhan sahaja, datang lah jugak ke sini walaupun bukan bulan Ramadhan". OUCH ! Terasa macam ada anak panah menusuk di situ. Budaya kita yang mengumpulkan harta untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan, membuatkan anak2 ni kesunyian pada Muharram, Zulkaedah, dan bulan lain2. Adilkah kita ? hmm :/
Kerana budaya menunggu Ramadhan ini jugalah masjid2 dan surau2 seperti padang jarak padang terkukur pada bulan2 lain. Bila Ramadhan tibalah orang berkejar-kejar ke masjid, sampai ada makmum yang terpaksa solat atas jalan di sesetengah masjid, sebab dewan solat terlalu sesak. Memang, memang bulan Ramadhan tu bulan rahmat, bulan keampunan, bulan persaudaraan, but does it end there ? on the 30th Ramadhan ? hmm :/
Teringat pula kata2 naqibah dalam salah satu halaqah sebelum Ramadhan lepas, "Ramadhan adalah persediaan kita untuk 11 bulan yang akan datang". Get the message ? For me, ayat ni deep sangat2. Ayat ni menyangkal segala budaya mengumpul tenaga ibadah kita hanya di bulan Ramadhan. Seharusnya, kita jadikan Ramadhan tu sebagai LATIHAN untuk kita jadi muslim yang hebat dalam bulan2 lain. Contoh, bila seorang kanak2 baru belajar berpuasa, ibu bapa akan bagi ganjaran so that they'll be excited ! right ? macam seringgit sehari ke, hehe. For me, itulah Ramadhan. Ganjaran Allah untuk kita yang baru nak bertatih dalam ibadah, especially yang sunat. Bila habis Ramadhan, bila dah mantap iman kita, kita seharusnya CONTINUE WITH ALL THE GOOD DEEDS :) Jadi, bila kita tak meninggalkan amalan tu, dan amalkan jugak dalam bulan2 lain (kecuali tarawikh la kn :D), next Ramadhan will be GREATER THAN THE PREVIOUS ONE. tkde la nk bertatih lagi. kan kan kan ? :D
Jom berubah ! Memang Ramadhan bulan yang mulia, tp ALLAH DAN RAHMATNYA TIDAK HANYA WUJUD DI BULAN RAMADHAN :) renung2 kan lah.
Wallahua'lam.
Insha Allah
ReplyDeleteBarakallah fi Ukhti :)
bulan biasa baca quran, satu huruf bersamaan 10 kebaikan. masalahnya org x nampak. kalaulah diorg baca satu huruf tiba2 dpt rm10. satu muka dah brapa huruf. dah ribu2 ringgit masuk dgn baca satu muka. gerenti manusia x henti membaca quran. berlumba2 utk dapatkan ganjaran ringgit tu.
ReplyDeleteapatah lg dlm bulan ramadhan. pahala kebaikan dilipat gandakan berkali2 berbanding bulan biasa. smoga kita dpt raih sebanyak mungkin ganjaran di sisi Allah swt. :D