Saturday 17 November 2012

Talk is CHEAP

Bismillahirrahmanirrahim (:

Ohhh, susahnya hati nak tulis pasal benda ni. Tapi takpe laa, tulis jugak. Jom sama2 kita muhasabah diri, okies ? Mana Amal ada salah cakap ke ape ke, mintak maaf banyak2 awal2. Ampunnnnn !

"Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(As-Saff:2-3)

Ayat al-Quran yang ini, rasanya sudah terlalu jelas terang dan bersuluh kan. Jadi tak payah la Amal nak sambung tulis lagi. Eh ? Tapi takpe, sebab Amal rajin, Amal nak sambung tulis. So anda kena sambung baca, THANKS ! ^_^v 

Semenjak dua menjak ni, hidup amal 'agak' adventurous. Ceh. Bukan la panjat gunung terjun bangunan segala bagai, adventurous in the sense that I've got to see things I haven't seen before, learns thing I've never known, hear stories I've never laid my ears upon. Dan daripada pengalaman2 ini lah Amal dapat buat satu kesimpulan. Kesimpulan AWAL dan mungkin TAK BETUL pun. 


Para dai'e sekarang lemah. 


Suka hati Amal je kan cakap orang macam tu. No lah. Kalau Amal kategorikan myself sebagai dai'e, maksudnya Amal pun tengah cakap diri Amal lemah. Yes, sebab tu Amal cakap jom kita muhasabah sama2, kan ? Jom. 

Bila Amal cakap dai'e di sini, Amal refer kepada golongan2 yang ada adek2 bulatan gumbira. First and foremost, Amal banyaaaaak sangat nampak golongan2 yang menyampaikan ini, tarbiyah diri sendirinya, ENTAH KE MANA. Sorry to say kawan2, tapi bila kita nak sampaikan pada orang, kita kena la make sure diri kita pun terisi jugak, ye dak ? Contohnya kita ada gelas, nak tuang air ke gelas lain. Kalau gelas kita kosong, apa yang kita tuang ke gelas lain tu ? Air longkang kah ? o.o TAPI. Here's the thing, bila kita nak tuang tuu, kita tak perlu tunggu gelas kita penuh kan ? Asalkan ada air, kita dah boleh kongsi ke gelas lain :) Harap faham analogi simple yang Amal buat ni. And oh yaa, kalau kita bawak adek2 dalam bulatan gumbira, kita SENDIRI pun kena la ada bulatan gumbira yang kita ikut. Setakat baca buku, dengar ceramah kt Youtube, sumpah Amal cakap, tak cukup nak bawak orang kenal Allah. Serius. 

Satu lagi, Amal nampak ramai dalam kalangan yang menggelarkan diri mereka para du'at ini, hidupnya sendiri TAK TERURUS. Mungkin Amal sendiri pun kadang2 macam tu jugak. Again I say, kita sama2 muhasabah. Tak terurus di sini Amal maksudkan; kelas selalu ponteng, baju tak berbasuh tak berlipat, lantai bilik tak pernah sapu, pinggan mangkuk tak pernah cuci, study terabai. You dare to call yourself a Caliph ? Erk. Get your own things sorted out first, then only you sort out the others. 

Last but definitely not least, maksud ayat yang Amal share di atas. Bagi mereka yang hanya PANDAI BERCAKAP. Yang CAKAP BERAPI, BUAT TIDAK. Amal jumpa banyak sangat orang macam ni. Banyak sangat. Dan na'uzubillah, mungkin Amal sendiri pun tergolong dalam kumpulan ni. Apa Allah cakap ? Dia BENCI golongan macam ni. B-E-N-C-I ! 


Astaghfirullah. 


Sahabat2 sekalian. Amal cakap ni, sebab Amal sayang. Kita cakap berkobar, semangat, orang lain tak semangat macam kita, tak sekobar kita. Cuba reflect balik dalam 100 benda yang kita cakap, berapa yang kita buat ? Yang lagi sedih, sahabat2 yang pendiam dikatakan tak bagus, kita yang banyak cakap ni yang bagus. Hello, mungkin, sahabat yang diam itu, cakapnya 1, buatnya 1000 ! Jangan anggap diri kita lebih BAIK just because KITA PANDAI BERCAKAP. Nope. Allah Maha Tahu, tahu ? :)

As the title says, TALK IS CHEAP. Kalau Amal pun buat je benda2 haram jadah yang Amal tulis kat blog selekeh ni, TOLONG, I beg you, TOLONG lah tegur. Kadang2 kita manusia terlupa. Fitrah manusia itu pelupa. 


I am, indeed, a very outspoken person. And when people ask me what's my strength or weakness, I'll regard being outspoken as a weakness. Seriously. Sometimes you may say something that will hurt others. Sometimes you may say something that is not even true. Sometimes you may EXAGGERATE things, making situations worse. Just because you're OUTSPOKEN. So at times, I prefer to keep quite and just listen. Because I don't want to make things worse by the things I say. 

Think before you speak out. Analyse. Investigate. LISTEN. You may see things from one view, but it's not necessarily RIGHT. 

Ingat surah as-Saff, ayat 2-3. Ingat. 




Wallahua'lam.

Friday 16 November 2012

All these little things

Bismillahirrahmanirrahim (: 


2 Muharram 1434H


At first I was about to write this post just for the sake of updating. Then I realised that some of the experiences I had for the past few days were just too valuable not to be shared. Hence I renewed my intention. It's not only for the sake of updating. I hope it can touch some hearts. 

I was back from an international programme few weeks back. In the midst of finishing the reports, settling the accounts, juggling with the newly registered subjects (it's the starting of a new sem); I almost break down. Then I decided. All I need is a getaway. TO GET AWAY. So last Tuesday I packed all my stuffs, went to a trip not far from my campus, spent my night there. 


It was random, unplanned, and yes, one of the best decision that I made so far (: Back from the one-night-trip, I felt more calm, alhamdulillah. It was not about the place, it was not about the comfy beds; but it was because I got to spend the night with Him. Away from everyone. Just me and Him. Oh why ?


Hope that explains (: 

Then yesterday a friend of mine invited me to join them in a trip to Banting, to help the flood victims. Without hesitating, I said yes. Despite the unfinished tutorials. Despite the undone reports. Despite the lack of time to study. I said yes. 


It was my first time visiting flood victims. We went there just to entertain them. Alhamdulillah, we managed to conduct some simple games and give away some hampers to make them smile (: I was touched when one of the kid said this while they were playing musical chairs; "Alaa, takpe laa tak menang pun. Nanti dapat hamper kita kongsi la ramai2."

That was just too cute (:

Then we visited the families that were placed inside the classrooms. They were separated according to genders. And they have been there for more than 10 days. Yup, TEN DAYS. They were given mattresses and slept and lived and played and spent their 10 days inside that school. They may be smiling and laughing, but I could tell from their faces that they missed the place called HOME.  

What I have learned from all these little things

Ala bizikrillahi tatma'innul qulub. Verily in the rememberance of Allah, do hearts find rest. Ar-Ra'd, verse 28. We may have all the money in the world, all the comfort we can ever imagine, but only when we remember our Creator, He will set our heart at rest

Erti hidup pada memberi. Now I fully comprehend the phrase used by saifulislam. I felt a satisfaction no word can describe when I helped the flood victims. From now on, try to live not for yourself, but for others. Live to help others. Live to go to Jannah, with others. Then you would find that life is more meaningful. I felt like SUPERMAN :D

I would do anything to repeat all the things happened to me this week, again

Thank you Allah !

Wallahua'lam. 

Friday 24 August 2012

Buat Aku Tersenyum :)

Bismillahirrahmanirrahim (:

Post ini bukanlah berniat untuk menjiwang, mahupun buat orang muntah hijau, tapi adalah semata-mata kerana Amal berpenyakit insomnia semenjak kebelakangan ini. And because I just feel like writing (: So you should feel like reading, ey ? haha, boleh plak >.<

Ohh, and kalau anda sedar *perasan ada follower tegar jap*, Amal ada tukar sikit sana sini dalam belog cikai nihh. Saja jaa, dah boring ;D Harap2 lepas ni dapat istiqamah menulis, ameen (:

Well this time I want to write about these 5 girls that I came to know by chance, not choice :) They are; 

Wiwi, Me, Farahin, Ira, Jaja, Athirah.
Hari ni birthday Wi sebenarnya, tu yang nak tulis pasal mereka nih :)

HAPPY BIRTHDAY WIYANA KADDERI !!!

Athirah and Farahin missing ;( 

Kami berenam disatukan dalam program I-Smart. Mulanya ada ramai lagi yang lain, tapi sorang demi sorang keluar so tinggallah kami berenam. That's why I said we're friends by chance. For me Allah ada sebab nak satukan kami ;) 

Special nya about these bunch of girls is that, I can't help but to feel happy when I'm with them :D Masing2 ada specialty masing2, and bila kami buat kerja ramai2, memang selalunya takkan stop2 gelak; no matter how depressed we are. Of cos, ada la ups and downs, but in the end, we'll get through it just fine ^_^v

It has been almost a year now, PBC pun is just around the corner. Honestly, I had lots and lots of fun throughout this one year working with all of you. We travelled to places, slept on the floor together, gilir2 mandi pagi so that tak terlajak tidur :D , went to mosques to open booths, had meetings every Sunday, became facis for kem pengawas, break fasts together ;D Whatever came, we managed to pull it through, TOGETHER. For now at least, and I hope it'll stay that way till the end of PBC, ameen :) 

Thinking back, we had gone through A LOT. Amal harap sangat2 yang Allah tetapkan hati2 kita dalam bekerja untuk PBC, moga niat semuanya FILLAH. Thank you for the friendship my dears, and thank you for making me feel like I belonged ;)  

Wednesday 25 July 2012

Bulan membentuk tabiat, bukan bulan tunjuk hebat !

Bismillahirrahmanirrahim (:

Setelah lama kekeringan idea untuk menulis di belog cikai ni, akhirnya ! Tanggal 5 Ramadhan 1433H, Allah SWT telah menurunkan ilham untuk kembali menulis :) hee, moga bermanfaat !

Ramadhan is special to me because...

Dah semua orang tulis pasal Ramadhan, Amal pun nak lah jugak, kannn >.< so apa istimewanya Ramadhan ? Agak2 nya, kalau Amal nak cakap pasal pahala yang berganda-ganda, syaitan yang dirantai, pintu syurga yang terbuka dan pintu neraka yang tertutup; mesti sahabat semua dah tahu kan ? :) And the list could go on and on. But for me, Ramadhan is special because;

1) BANGUN. Hari tu Amal ada hapdet kt status FB;
"Bangun sahur di dinihari itu jauuuuh lbih senang drp bangun nk pgi klas (; 

Keberkatan Ramadhan ♥ moga kita terus istiqamah wlau Ramadhan berlalu pergi nnti, insyaAllah."
Maha suci Allah, Amal rasa senang sangat nak bangun pagi2 sahur tu. Dan bila dah bangun awal tu, roh pun sempat bersahur jugak alhamdulillah (; Kalau hari2 biasa, bukan main struggle nak bangun pagi =.= rumet pun tensyen kot nak mengejut Amal, hehe. 

2) RINGAN. Alhamdulillah jugak, bulan Ramadhan ini menyaksikan betapa ringannya tulang untuk beribadah kepada Dia, betapa ringannya lidah untuk menyebut nama Dia, dan ringan juga mata untuk menatap surat cinta Dia ^_^ mungkinkah kerana ketidakhadiran si penghasut tegar setan durjana ? hmm, mungkin. Apa2 pun, Amal seghonok ! :D

3) UKHWAH. Bagi Amal, bulan Ramadhan inilah bulan untuk membina ukhwah ataupun memantapkan ukhwah sedia ada :) Kalau di kampus Amal, kami ada iftar setiap hari di surau. Seronok makan ramai2 ! :D And Amal ni jenis yang suka berkenalan, so bila nampak muka yang tak familiar, Amal akan tegur and bertambah lah lagi nombor2 telefon dalam Contacts Nokia E5 tuu, hehe. Masa tarawih pun sama, bila salam2 tu, Amal cuba untuk bertanya-tanya nama :) seghonok lagi ! :D

4) MASA. Dari segi masa pula, Amal rasa Ramadhan ni jadikan masa kita lebih panjang (ha, mesti tak faham kan ? >.<). Erm, contoh, kita bangun sahur kan, kadang2 kalau siap makan cepat, ada sedikit masa sebelum subuh. For me, that's my prime time :) Nak study ke, menghafaz ke, senang bangat waktu itu. And kita dah kurangkan masa sebab tak perlu lunch kan. So lunch break antara kelas2 tu boleh dimanfaatkan untuk menatap surat cinta Ilahi dan melakukan solat2 sunat; which, sebelum ni kita terkejar-kejar nak melaksanakannya. Hoho, osem kan :D

Banyak lagi sebenarnya, tapi kalau Amal nak list semua memang tak larat la kome nak baca, hehe. Amal rasa Ramadhan ini Allah SWT turunkan tanda kasih Dia pada kita. Terlalu banyak keistimewaan Ramadhan. Terlalu banyak :) 

Realiti Masyarakat Kita...

I was browsing through FB when I came across this conversation; 
A: Hang da baca al-Quran sampai mana ? Dah 4 Ramadhan nihh.

B: Ohh, baru juzuk 3, cheq baca ngan makna skali, lembab skit haa.
A: Hah ? Mana boleh lagu tuhh, cheq da juzuk 8, kan cita2 nak khatam 2 kali Ramadhan nih.
B: Takpa, hang pi la dulu.
C: Sahabat, Ramadhan adalah bulan membentuk tabiat, bukan bulan tunjuk hebat :D
Too bad Amal tak kenal siapa si fulan C tuu, kalau tak Amal dah pegi kat dia bagi 100 markah :D  Tepat sekali titah beliau,  hehe. 

Realiti masyarakat kita sekarang, kita berlumba, all out, beribadah HANYA di bulan Ramadhan. Okayy, Ramadhan khatam al-Quran 14 kali, 11 bulan al-Quran entah ke mana. Ramadhan sedekah separuh gaji, 11 bulan tak pernah bagi sesen pun kat orang miskin. Ramadhan tiap2 hari gi masjid, 11 bulan sekali pun tak pernah jenguk masjid. Hmm, apa ni wehh ? :( 

Ada sebabnya kenapa Ramadhan itu SEBULAN. Kerana Ramadhan adalah medan latihan, supaya 11 bulan lagi kita semantapnya untuk istiqamah, meski tanpa ganjaran sehebat Ramadhan. Oh well, Amal takde laa hebat mana pun nak tegur itu ini, serius ni tegur diri sendiri jugak, SUMPAH. Bersedihlah jika kita dapat khatam 2 hari sekali pada bulan Ramadhan, tapi bulan lain tak sentuh al-Quran pun. Bersedihlah jika kita dapat berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, tapi puasa sunat Isnin Khamis pada bulan lain tak pernah buat pun. Bersedihlah. Ramadhan kita sia2. 

Jadikan azam Ramadhan ini...

Untuk tidak mensia-siakan Ramadhan kita, hadiah daripada ar-Rahman untuk kita, apa kata, tahun ini, 1433H, kita jadikan Ramadhan kita sebagai turning point. Cabaran sebenar kita bukanlah pada bulan Ramadhan, but to keep up with what we have started in Ramadhan for the next 11 months ! :D InsyaAllah, itulah azam Ramadhan Amal tahun ini. Well memang la bulan lain takde tarawih semua tuu, tapi ibadah yang kita boleh continue, CONTINUE ! Tempoh percubaan Ramadhan ini, the real battle is in the next 11 months.

Up for it peeps ? :)

Remember, Ramadhan bulan membentuk tabiat, bukan bulan tunjuk hebat :D

Wallahua'lam.



P/s: Too Phat kata; "Bukan berkhutbah, cuma betuli diri jua". ;) 





Friday 18 May 2012

Berubah itu sukar ? hmm.

Bismillahirrahmanirrahim (: 


Usai menghabiskan bab ke-28, buku Versus nukilan Hlovate, Amal termenung sekejap. Versus sangat dekat dengan hati sebenarnya. Tentang perubahan 540 darjah bak kata Hlovate, tentang ditarik kembali ke jahiliyyah itu, tentang kekuatan untuk menepis, tentang KITA.


BERUBAH ITU SUKAR. Ohh, haruslah. Kalau senang, takde laa benda ni jadi isu. Takde laa dalam diri ada perang dunia ketiga kan. Bila kita berubah, kita sebenarnya meninggalkan jahiliyyah kita, dan bergerak ke sesuatu yang lebih baik. Melangkah ke cahaya. Berjalan ke arah Dia. Syaitan tak suka benda ni, sebab tu syaitan bisik benda bukan2, lempar godaan segala macam. Supaya langkah kita terhenti, or worse, kita patah balik. Di situ perlunya KEKUATAN DIRI. 

Tapi kita silap, selalu cakap "Ohh, sabar laa. Aku belum cukup kuat nak berubah". Masalahnya, kekuatan itu datang daripada Allah. Kalau kita tak pernah mintak, memang lah Dia tak bagi. Memang lah tak kuat. Memang sampai bila2 pun tak berubah. Memang. 

Berubah, ada cara dia. Ini cara Amal, just nak share :) yang mana baik, ikutlah. Yang mana tak relevan, buanglah. And no, bila Amal share benda ni, I'm not saying that I'm perfect, dah berubah sepenuhnya. NOPE. Masih mencuba sedaya upaya. Cumanya, bila berkongsi, manalah tau ada sahabat yang nak berubah sama2. Adalah teman di jalan jihad ni, aite ? ^_^

1) KENAPA PERLU BERUBAH. Sebelum nak berubah, of cos we need to have a valid reason utk berubah kan ? Contohnya dalam Versus (sorry cerita tu tengah fresh dalam kotak memori ><), si Ashraff Omar tu perlu lah betul2 clear, faham, mengerti; kenapa dan mengapa dia perlu tinggalkan skateboarding, b-boying and whatnot. Dan bukan hanya tahu, perlu FAHAM dan YAKIN. Hence, alasan tu mestilah cukup kukuh, ye dak ? Apa2 pun sebab untuk kita berubah, suka untuk Amal sarankan, tukarlah niat kerana ALLAH semata :) sebab, bila kita berniatkan yang kekal, insyaAllah kekal lah perubahan kita tu kan ? ;) contoh, kalau nak stop smoke, sebab apa ? Awek tak suka ? Okay, kalau awek dah blah nanti, boleh la smoke balik kan ? Hmm. Tapi kalau stop smoke sebab benda tu boleh bahayakan kesihatan, dan apa2 yang memudaratkan diri tu Allah tak suka, and stop sebab Allah tak suka, kekal lah perubahan tu insyaAllah :) awek ada takde, no hal lah ! 

2) CARI KEKUATAN DIRI. Macam Amal cakap kat atas, kekuatan datang HANYA daripada Allah. So, ber-DOA-lah banyak banyak banyak, moga kita cukup kuat. Hmm, I don't know about all of you, tapi Amal suka bila orang buat azam tahun baru, be it Hijrah ke, Masihi ke, tak kisah laa. At least, ada satu turning point, pusher, reason, force, drive, untuk orang tu berubah. Some sort of kekuatan jugak tu :) Ohh, I'm not saying tunggu 2013 baru nak berubah, NO. Cari turning point. Cari FORCE ! Berubah yang paling baik mestilah yang paling segera kan kan ? ;) 

3) CARI KEKUATAN DI LUAR. Ini perlu, untuk terus ISTIQAMAH dengan perubahan tuu. Bila nak berubah, dampingi kawan2 yang akan beri kekuatan kat kita, yang boleh tegur bila kita buat salah, and kita pun boleh terima teguran dia :) InsyaAllah, dengan adanya sahabat2 dan keluarga yang faham akan misi kita, kita akan lebih kuat, lebih SEMANGAT ! \^_^/

4) UJIAN. 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

(Al-baqarah:214)

Sesungguhnya, Allah AKAN uji kita. Kita perlu KUAT ! Apabila diuji, ingat balik KENAPA kita berubah, dan REACH OUT for help, minta bantuan daripada sahabat, keluarga. Istighfar banyak banyak banyak banyak. Ingat yang syaitan itu takkan putus asa dalam menyesatkan kita. So, kita tak boleh TEWAS ! As for me, al-Quran is my strength. Selagi hati dekat dengan al-Quran, insyaAllah, syaitan tak berani kacau. Kalau datang pun bisikan2 durjana tuu, be strong enough to say NO ! :)

5) TASBIH DAN ISTIGHFAR. Bila kita dah berjaya kick-out jahiliyyah dengan hensem dan macho nya, menempuh ujian Allah atas jahiliyyah kita itu dengan jayanya, maka ucapkanlah, 

SUBHANALLAH ~
ASTAGHFIRULLAH ~

Seperti firman Allah dalam ayat ketiga surah an-Nasr; 

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

Ayat ini diturunkan setelah Rasulullah S.A.W. dan para sahabat berjaya menawan kembali Kota Mekah. Kemenangan berpihak pada Islam ketika itu, dan RAAAAMAI yang memeluk agama Islam selepas peristiwa Fathu Mekah tersebut :) ayat ni, seakan mengajar kita ADAB menyambut kemenangan, iaitu dengan bertasbih dan beristighfar. Sama la macam bila kita dah berjaya kikis karat jahiliyyah, itu  kemenangan buat kita, kan ? :D

Sweeeeeet :')


Okayyyyy, dah berceloteh panjang lebar. Harap2 ada la yang sahabat boleh manfaatkan ^_^v ingat, berubah tu MEMANG sukar, tapi berbekalkan azam dan determination yang kuat, KITA BOLEH ! :D After all, Allah kan ada untuk tolong kita. Ikhlaskan hati kerana Dia. Jadi lebih baik, yuk ! >.<

Wallahua'lam.

Monday 26 March 2012

Jaulah Johor 2012: Say SAYONARA to JAHILIYAH (Part I)

Bismillahirahmanirrahim (:

Akhirnya, setelah lama menangguhkan entri ni, dapat jugak curi masa untuk menulis. I was determined to write about this awesome pawsome trip, cos insyaAllah pengalaman tu lebih bermakna bila dikongsi and dimanfaatkan bersama, kan kan kan ? :) 

We departed on the 17th of March. Masa tu excited sangat sebab ni baru 2nd time ke Johor, and first time ber-jaulah ke negeri orang bersama akhwat tersayang. Alhamdulillah, everything went well and we stayed at an RI named Muntalaq for one night. Muntalaq saaaangat lah besar, tergamam sekejap ^_^ dan penghuni-penghuninya semua awesomeee :D ohh, here's a photo of Muntalaq ! :) 


Luar cantik, dalam laaagi cantik sebab dihiasi bidadari2 syurga, insyaAllah :) 

And now, I want to share about what we learned during our stay in Muntalaq. SAYONARA JAHILIYAH ! :D

Apekebenda tu ?

Jahiliyah, seperti kita blaja dolu2 zaman SPM, means bodoh, tak tahu, and we'll tend to relate it to all the bad things that we could ever imagine. 

But little did we realise, sejarawan barat dah sempitkan otak kita dengan mengatakan jahiliyah itu adalah satu ZAMAN di antara runtuhnya empangan Saba' sehingga turunnya wahyu kepada Rasulullah S.A.W.

ERK, SANGAT SALAH.

Orang zaman jahiliyah tanam anak perempuan, orang zaman kita buang anak dalam tong sampah. Orang zaman jahiliyah berzina, orang zaman kita apa kurangnya. Orang zaman jahiliyah bergaduh antara kabilah, merompak, tabarruj. Dan SEMUA itu masih ada dalam zaman kita ni. 

JAHILIYAH BUKAN SATU ZAMAN. IA ADALAH PENYAKIT. 

Sadly, penyakit tu masih ada. Dan rasanya lebih kritikal daripada dulu. 


Setuju ? 



Jadi, takrifan sebenar jahiliyah adalah APA2 YANG BUKAN ISLAM.

:O

Serius ke ??? K-pop tu ? lagu2 English yg rancak2 tu ? Brad Pitt ? Shopping terlebih ? Tengok movie ? couple ? main game ? anime ?

I repeat, APA2 YANG BUKAN ISLAM. Kalau benda tu masih boleh dikaitkan dengan perjuangan Islam, dengan amal ibadat kita, ada ibrah yang boleh diambil, insyaAllah, masih selamat lah kita. Tepuk dada, tanya iman, okies ? :) 

Sayonara on the other hand is a Japanese word, which means goodbye. Special nya sayonara ni, maksud die goodbye yang forever goodbye, yang takkan jumpa2 lagi dah :D




Dan hari itu, kami diajar kenapa dan bagaimana nak ucapkan sayonara pada sang jahiliyah :)

Sunday 19 February 2012

Life

Life
Is like starting a new day
You may not know what is waiting for you
It could be raining in the afternoon
Scotching hot at night
But when you make the best out of it
Sometimes you may see a rainbow
What you have to do is to
CHERISH 
Every single breath that you take
Because you do not know
When will the breaths be taken away from you.

Life 
Is like a play
Everything is already written for you
All you need to do is 
To play your role
Because if you don't 
Some other people will play it on your behalf 
Perhaps they would play it better
Then, it will be your lost, will it not ?  

Life
May be harsh at times
You will see yourself going down the drain
Or being cut 
To the extent that you no longer feel the pain
But hey,
There are some angels out there
Taking care of you
What you have to do is
To open up your eyes big enough
To realise that they are
THERE.

Life
As written in The Book
Is as short as you can ever imagine
The afterlife is what we are chasing for
But sometimes
Us humans
Are too stupid to realise
Being caught up in life
Like there is no life after this
It's time for us to
WAKE UP.

Life
Is like a pit stop during a car race
It is not the pit stop that we are racing for,
my friends
It's the finishing line.
Do you make enough effort to reach the finishing line ?
Do you think that the race is going to be over at the five-second-stop ?
Don't be silly.

Monday 6 February 2012

Ini Bulatan Gembira Saya

Bismillahirrahmanirrahim (:

Hoho, makin dekat ngan exam makin kerap pulak meng-hapdet. Hehe, taking a break from the books. Daripada buang masa baik berleter jap kat sini kan. Kalau ada orang baca dapat la jugak saham akhirat, ameen ! ;D

Ohh, hari ni nak cerita pasal my HAPPY CIRCLE yang Amal sayang sungguh sangat2 amat paling ! sayangggg bangat ! :"> Merekalah yang warnakan hidup Amal dengan warna2 indah :) So here it goes.

1) KAKAK. heee, opkos, ada bulatan gumbira, adalah murabbinya. Kakak kami saaaangat best ! :) Banyak ilmu yang Kakak dah share. Bawakkan kami makanan. Bawak kami jalan2. So shweet. And Kakak selalu dengar masalah kami, bagi nasihat. Dah macam Kakak betul. And no matter how busy she is, she would make time for us. May Allah bless her :)

2) THE EX-MAAHAD SISTER. Ahli keluarga kami paaaling baru, tapi sangat berpengalaman dalam berbulatan gumbira. Tak lokek ilmu. Fasih bahasa Arab *jealous gilaaa !* Muda2 lagi dah kerja dengan company family. Sangat hebat :D

3) THE STRONG SISTER. Classmate, pantai-timur-mate ;) Kadang2 nampak senyap, tapi bila dia bercakap, hehe :D Amal kagum dengan ukhti yang ini sebab dia sanggup korbankan cita2 dia untuk jadi doktor demi keluarga :') Sangat pandai. Suka dengar dia baca al-Quran ;) and she has the ability to make people laugh :D

4) THE NERDY SISTER. One of my bestest buddy :) Panggil die nerd sebab pandai sangat :D used to compete with her during foundation, tapi degree dah lain course, so dah takleh compete :P But yea, reality is, she's wayyy cleverer ;) Sangat suka menimba ilmu. And main computer games. yup, NERD ^^v

5) THE LITTLE ONE. Youngest, cutest, most adorable *plis don't read this XD* Selalu jadi mangsa cubitan di pipi kiri kanan. She may look small and vulnerable, but inside, she's one of the strongest person I've ever met. And she's a very2 awesome blogger. Segan kalau compare blog cikai ni dengan blog dia ><" Very artistic. Hope she'll achieve her dream to become a teacher ;) 

6) ME. Only Allah knows how much I treasure them. This circle is magical :) Walau pergi dengan hati gundah, lepas habis hilang semua masalah. Pergi dengan penat, balik senyum gembira. Pergi separuh hati, balik muka berseri-seri :D well, kenapa Amal share pasal ni sebenarnya ? :)

KAMI. LAIN. Yang sama adalah perjuangan kami, kefahaman kami, kepercayaan kami. Itu yang menyatukan hati2 kami, biiznillah. Yang best nya, Amal jatuh sayang kepada mereka hanya kerana Allah, bukan kepentingan lain. Moga ukhwah kami kekal ke Jannah, ameen :)




Plis, rasalah apa yang Amal rasa. Bulatan gumbiralah antara syurga2 dunia, trust me ;) 



wallahua'lam.

Saturday 4 February 2012

Exam Blues yang betapa random

Bismillahirrahmanirrahim (: 

Oh hai belog, sorry lama tak bertandang, busy busy busy -.- Ni pun mintak rehat jap kat FAR, harap dia tak merajuk. oh yaa, nak buat entri kali ni simple, understandable, and beneficial, insyaAllah ^_^v 

1) TAK PAYAH CAKAP SORRY kalau anda nak repeat kesalahan yang sama lagi, kalau dalam hati tak berazam pun nak berhenti buat perkara tersebut. Cos when you say it too often, it becomes cheap and meaningless :) 

2) UBATI HATI yang sakit tenat sesak nafas dengan bacaan al-Quran. Telling your friends about your problems may solve 'em, but bear in mind, they will not be by your side all the time. So, learn to tell Him instead :) 

3) STUDY BUKAN SEGALANYA. Study tapi solat lewat, tak guna. Baca 10 buku sehari, tapi al-Quran berhabuk satu inci, tak guna. Buat nota setebal Kamus Dewan tapi tak pernah berdoa pada Dia, tak guna. Belajar kerana Allah :) 

4) SABAR ITU TAK SENANG. yup, tapi Allah sayang orang-orang yang sabar. Jadi, kita kena sentiasa bersangka baik. Sentiasa. Geram, cerita pada Dia, tak guna tinggikan suara :) 

5) MENANGIS ITU PERLU. Bukan kerana kita lemah, tapi menunjukkan yang kita sudah belajar daripada kesilapan. Semoga setiap titisan air mata membawa kita kembali kepada Dia :)

6) STALKING IS NOW EASY. haha, yes. What you write in FB, in blogs, in Twitter, it remains there. Kalau tak ramai yang sedar pun, AKAN ADA orang yang sedar. Jadi, hati-hatilah :) 

7) BERUBAH ITU PERLU. SEKARANG. Sebab esok mungkin kita dah ke alam barzakh. Sebab Jumaat depan mungkin kiamat. Change now before it's too late. Kalau tak cukup kuat, cari kekuatan. Daripada kawan, keluarga, ALLAH :)  

8) BULATAN GEMBIRA ITU HEBAT. Dah ada ke belum ? Kalau belum ada sila pergi cari, sebab memang sangat best macam makan pisang goreng panas :D 

9) KAWAN YANG SOLEH ATAU SOLEHAH akan men-transfer aura mereka kepada kita. Selalu ada dekat2 dengan kawan2 yang macam ni supaya kita turut sama terkena tempias perbuatan baik mereka :)

10) BE CAREFUL with what you say and what you do. Without knowing, you may leave someone crying herself/himself to sleep. Not everyone see things the way YOU see things. ALWAYS try to see from people's point of view. Put yourself in their shoes :)

Wallahua'lam.

 
Selamat belajar kerana Allah MMU-ians !
Semoga usahamu diiringi kejayaan,  if not now, later in Jannah ;) 

Tuesday 17 January 2012

Selamat tinggal air mata

Bismillahirrahmanirrahim.

Otak ligat mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara. Susah. Hmmmm, pernah rasa sedih ?

Okay laa, since semalam Amal terasa sedih sebenarnya. Adalah sebabnya. Punya la rasa nak nangis, in fact I did a few stupid things untuk paksa air mata keluar, sebab dada rasa sesak. Contohnya, join kawan tengok Ombak Rindu *kena tutup mata hampir separuh perjalanan cerita*. Tapi, tak keluar jugak air mata. Oi ape ni, kata sedih. Nangis tak boleh. Erkkk =.=

Hari ni bangun dengan kepala berat. Masih tak boleh nangis. Termenung seketika. Kenapa Amal perlu paksa diri untuk nangis kalau ayat2 suci Allah boleh tenangkan dada yang sesak ? Kenapa Amal perlu rasa sedih kalau HANYA Allah tempat Amal bergantung harap ?

zap zasss.

Setiap manusia ada kekurangan. Amal nak berterima kasih kepada orang yang buat Amal rasa sedih tu, sebab kerana dialah, Amal sedar yang sedih itu bodoh, air mata itu sia2, kalau bukan kerana Allah ! Buat apa Amal perlu rasa sedih dengan perbuatan manusia kalau Allah ada untuk mengadili dan melindungi Amal ? So when I looked back, I realised, I have not been putting Him as my top priority, as the only one I cling on to, because if I have done all that, I won't be sad at the first place. In fact, I would NEVER feel sad at all. Because He's here with me, always :) 

Hence my dear, words like lonely, sad, frustrated, disappointed, should never exist in a Muslim's dictionary. Remember that Amal.

Kerana Allah itu, 
Ada di mana2,
Dekat dengan diri kita,
Faham kita like no other,
And of course, He's the greatest lover.

"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat...." (2:186)

To that someone, hear me say, you can NEVER bring me down. Cos I have Allah, I have my pink al-Quran, and those made me as strong as a SUPERMANGGG ! ^^v hukk !






Nota kaki: Tak tahu macam mana orang yang boleh melakukan aksi sebegitu rupa, walaupun hanya berlakon, boleh menggelarkan diri mereka Islam. hmm ? tapi terkesan dengan ayat last, "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah".

Nota kaki 2: Biarlah air mata yang mengalir di pipi kita selepas ini, jatuh kerana sesal atas dosa dan hanya kerana Dia.

Monday 16 January 2012

Ada apa dengan UKHWAH ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Blog dibuka. Tarikh entri terakhir diperiksa.

29 NOVEMBER 2011.

Woahh, da lebih sebulan tak update. Bukannya takde benda nak cerita. Baaaaaanyak je benda yang nak dicelotehkan kat sini, TAPI.

Assignment baaaaaaanyak laa. BUSY !

Ah-lah-sann =.=

Update blog ? Nanti2 laa, tutorial pun berlambak lagi oi !

Ah-lah-sann jugaks =.=

Alaaa, apa sangat la blog cikai tu, entah2 takde orang baca pun.

Ah-lah-sann lagiks =.=

So yea, bak kata teman sebelah rumah dalam random chat kami tadi, 

"Nak buat baik ni memang banyak halangannya."

Oh yeap, so true. Semua orang ada 24 jam, tapi sejauh mana KE-BERGUNA-AN kita punya 24 jam ?

Erk, study la bro. Student kan, nak buat apa lagi ?

Heh, awok tok blaja syahadatul haq lagi eh ? takpo, nati awok ado maso awok mitok ore ajar k :) *klau tak faham tkpe, disengajakan*

So alhamdulillah, setelah Amal me-nyettle-kan urusan2 keduniaan yang tak berhabisan tu, Amal dijemput ke konferens riang di tut tut tut, pada tut tut tut, selama tut tut tut hari. It was just in the nick of time, I think. Iman yang menderita melonjak kegirangan menerima berita tersebut. SENYUM LEBAR ^_^

Like always, bila ke konferens riang akan ada pengisian, dan macam2 lagi aktiviti2 yang membawa kita kepada Kekasih hati. tapi yang Amal nak highlight kat sini, Amal rasa iman Amal melonjak juga dengan satu perkara lain.



Adanya bidadari2 syurga yang lain.



Bila dikelilingi akhwat yang suci hatinya, bersih jiwanya, dan bercinta HANYA dengan Yang Agung, terasa diri makin makin dekat dengan Dia. Terasa diri ingin berlumba berebut syurga bersama mereka. Terasa diri sungguh rindu akan si Pencipta. Dan terasa diri, ingin lebih lebih mencintai Dia. 

Manakan tidak, dalam kelompok inilah Amal berasa tenanggggg bangat. Bercerita, hanya tentang Allah dan Rasulnya. Bergelak tawa, hanya kami Hawa yang ada. Berjumpa, hanya niat kerana Dia. Dan apabila bersalampeluk dengan mereka, seakan ada electric shock meresap dalam segenap sendi, beri semangat baru ^_^



Amal rasa ianya misteri. Macam mana Amal boleh berasa tenang macam tu ? Macam mana muka2 yang Allah baru pertemukan buat pertama kali, jadi sumber kekuatan Amal waktu tu ? Anda ada jawapannya ? Sila bagitahu ya ><

Ada apa dengan ukhwah, itu Amal masih tak tahu, cuma yang Amal tahu, ada Allah di hati kami. Persamaan itu, membawa 1001 magic yang tak akan boleh kita fahami. 

Semoga berjumpa lagi di taman firdausi, bidadari2 syurga.






Ini bukan kami, ini gambar daripada pakcik google ^^






Nota kaki: Tersenyum sepanjang menulis ini entri. Had one of the best weekend ever, and already missing those calming faces (;