Monday 10 March 2014

Kisah Sihat Sebelum Sakit, Hidup Sebelum Mati

Assalamualaikum wbt (:

Alhamdulillah, Allah SWT mengizinkan masa, mengizinkan ilham untuk menulis lagi. Rindu jugak nak berkongsi kat sini, but asif, idea itu bukanlah sesuatu yang datang dengan senang setelah memetik jari.

Petik jari. Petik jari. Nope. Not any.

Okay, dah mengarut.  

So the story goes. A few weeks back, I was admitted to the hospital due to asthma and bad cough. Saaaangat terkejut masa tu serius tak tipu sebab sepanjang hidup Amal, tak pernah sakit sampai kena admit ward. I had asthma when I was in primary school, tapi kalau kena attack pergi hospital kena neb sekali then, okay ! Boleh kembali berjimba bersama kengkawan. Tapi kali ni, dah neb 2 kali dalam masa 2 hari, tapi masih tak berhenti. And oh, masa ni dah masuk second week of study break (MMU bagi study break 2 minggu for this sem).

Memula tu of course lah reluctant nak pergi hospital. Kalau Doktor decide untuk tahan kat ward, burn begitu sahajalah study break beta. Risauuu, sangat risau. Because seriously, this semester was one of the toughest yet T_T tapi atas nasihat Ummi, terpaksalah akur, hospital it is.

Doctor was shocked hearing how bad my cough was. Neb again. X-ray. Injection. So yupp. Memang kena admit. I posted about it in my Instagram, NOT hoping for sympathy, but really, it was a few days till final exam and I need lots and lots of prayers. To get well, and to do well in exam. Konon bawak buku ke hospital, but heh, once dah inject ubat, memang mata tertutup rapat.

Eh pantun dua kerat :P

Empat hari dihabiskan di hospital dan Alhamdulillah, I felt better. Doktor nak tahan sampai weekend tapi berjaya buat muka kesian minta simpati and I was back in MMU on Friday. Study time ! zzzz.



IBRAH DARIPADA KAMAR HOSPITAL

1)      Sihat sebelum sakit

Kan Amal kena asthma, ya Allah seriously, sangat-sangat sukar untuk baca al-Quran masa tu. Sedih bila satu nafas tu hanya mampu baca 2-3 kalimah. Masa tu sangat down, so akhirnya just baca dengan cara yang termampu.

Masa tu memang tetapkan nekad dalam hati. “Bila aku sihat, aku nak baca al-Quran banyak-banyak”.

Sama jugak dengan solat. Nurse ada cucuk kat tangan untuk masukkan drip (rujuk gambar diatas). Boleh je nak stopkan drip sekejap untuk solat, tapi everytime stop kena panggil nurse, and bila dah stop and nak start balik drip tu akan rasa sakit sikit. So Ummi cadangkan untuk solat duduk and tak perlu bukak drip. Kan kita tahu, setiap pergerakan tu ada hikmah dia. After two days, seriously, I really miss performing the rukuk, and sujud. Alhamdulillah, drip tu di-stop selepas dua hari camtu.

Masa tu memang nekad dalam hati, “Bila aku sihat, aku nak sujud sepuasnya”.

2)      Hidup sebelum mati

During the first week of the study break, I went back to Kelantan for my brother’s wedding. Asthma came in the morning that I was supposed to depart back to KL. Mulanya Ummi tak bagi balik KL yet, tapi atas sebab-sebab tertentu, and sebab exam pun dah nak dekat, terpaksa digagahkan untuk pulang. Tapi on the way balik tu, jalan sangat-sangat jem till we took 13 hours to reach KL. So bayangkanlah, dalam kereta, bertahan dengan asthma tu selama 13 jam. Serius, memang tak stop wheezing langsung all the way. And yang paling sedih, bila borak-borak dengan my friends dalam kereta, diorang tak boleh buat lawak or gelak cause I’ll be laughing too and that’ll just make the cough worse. And masa tu tak boleh terlelap, sebab susah nak bernafas.

And takut. Kalau tiba-tiba tak boleh bernafas. Langsung.

Masa tu memang reflect all the things that I have done, or the things that I have not done. Takut ? Yupp, memang takut. Sebab kita ni kadang-kadang tak sedar. Mati tu dekat. Sebab kita tak tau bila. So dia sangat dekat. Sangat. Mungkin tengah berbaring atas katil sambil tengok Instagram artis-artis feveret, then pintu diketuk.

Malaikat maut tanya, “Kamu dah bersedia ?”  

Kita pun jawab, “Belum la Encik Malaikat. Datang balik lagi 20 tahun eh. Bagi saya kumpul ilmu kumpul amal dulu. Eh eh eh ? Jzkk Encik Malaikat”.

PFFT. NO !

Bila Allah SWT arahkan Izrail untuk cabut satu nyawa, TIADA satu daya upaya pun untuk hentikan Izrail.

Again. Mati itu dekat.

Tapi SEPATUTNYA kita tak takut mati. Pernah dibincangkan dengan kakak dalam bulatan gumbira. “Bila masa terbaik untuk mati ?”, tanya kakak. Kitorang keluar laa macam-macam jawapan sendiri. Tapi kakak tak jawab minggu tu. Dia kata, nanti dia bagi jawapan, suruh kitorang fikir dulu.

Beberapa minggu lepas tu, kakak tanya lagi, siapa yang dah tau jawapan dia. Semua senyap, memang tak tau. “Masa terbaik untuk mati adalah sekarang.”

Eh. Nak kena bunuh diri ke ?

Oh no. Maksudnya, kita kena sentiasa MENJAGA IMAN PADA TAHAP TERTINGGI. Sebab tu para sahabat Rasulullah SAW, mana yang takut mati !

Pergh. “Jauhnya aku..”

Masa tu memang nekad dalam hati, “Selagi aku hidup, akan aku hidup untuk Allah”.


IBRAH DARIPADA KAMAR RUMAH

Allah SWT itu, ar-Rahman.

Bila kita terlupa, Dia ingatkan.
Dia buat kita sakit, atau Dia turunkan ujian.

Bila kita terleka, Dia tarik tangan kita.
Dia letak bersama sahabat-sahabat yang soleh.

Bila kita alpa, Dia ketuk pintu hati kita.
Dia turunkan rasa rindu pada Dia.

Bila kita berfoya, Dia hilangkan 239 orang yang kita tak kenal.
Supaya kita muhasabah, kita mungkin berada antara mereka.
Tapi kita di sini, kenapa ?

Kita sentiasa lupa,  tapi Allah SWT sentiasa mengingatkan. Cuma kita yang sudah faham, kita perlu berusaha untuk cari cara dan sentiasa INGAT. Sebab mungkin, satu hari nanti, Allah SWT decides not to remind anymore, but instead, to send Izrail over. Astaghfirullah. 

Istiqamah, jawapannya.


Wallahua’lam.



P/S: I'd like to thank the person who sent me to the hospital and took care of me for 2 nights. I'd like to thank Ummi for taking care of me the following 2 nights. I'd like to thank those who came to visit. Those who brought me to the clinic. Those who sent prayers from afar and in silent. Those who wished me well in texts and in Instagram. Hope Allah SWT will repay all of you wonderful people with His astounding rewards (: 

Lets pray for MH370, shall we ?