Wednesday 20 February 2013

Popia Mak Cik Senah

*gruk gruk gruk*

Perut Amna berbunyi lagi. Kali ni Amna nekad. Perut itu harus terisi secepat mungkin. Amna menyusun langkah ke gerai mak cik Senah di hujung kampung. Nak masak, tiada siapa di rumah, takut tidak berhabisan makanan itu nanti. Mak cik Senah sangat feymes dengan popia nya. 

Feymes dari Johor ke Perlis.

*burp*

Setelah kekenyangan, Amna pulang ke rumah. "Aku sayang mak cik Senah, dah lah popia dia sedap, murah pulak tu." Tersenyum bahagia. 

Kerana terlalu sayang dan teruja dengan kesedapan popia mak cik Senah, Amna tiap-tiap hari nak makan popia. Balik sekolah, akan lalu depan gerai mak cik Senah. Tak cukup dengan itu, Amna bagitahu cikgu2, kawan2 dan jiran tetangga akan kesedapan popia tersebut. Dia nak, semua orang tahu dan dapat rasa betapa sedapnya popia makcik Senah. Bila semua orang dah tahu, barulah Amna berpuas hati.

Amna tersenyum bahagia. 


Kisah Sofea pula ~ 
Kali ini kak Comel datang ke bilik hostelnya lagi. Dibawanya pula nasi ayam. "Ya Allah, mesti sedap ni". Getus hati Sofea. Kak Comel bawa bersamanya dulang a.k.a. talam. Nasi ayam diletakkan di dalam dulang tersebut. "Ha apa pandang2, jum lah makan". Kak Comel mempelawa dengan senyuman paling manis dalam dunia. Sofea rasa kekok awalnya. Dalam hati "Wadeheck, makan dalam talam ? Biar betik kakak2 ni." Tapi bila Sofea mula makan dalam talam bersama kakak dan kawan sebiliknya itu, rasa macam ada aura yang menyelinap ke segenap bulu roma badannya. Nasi ayam terasa lain. Terasa lebih sedap. Dan aura itu. Aura itu. Sofea tidak tahu apakah ia. 

Kak Comel dan kak Cantek datang setiap minggu bawa makanan. Tapi makin lama pertemuan mereka makin panjang. Kini tidak hanya sekadar makan2 sahaja. Selepas mencuci talam2 yang ada, mereka akan duduk dalam bulatan, dalam bilik Sofea yang sempit. Dan kakak Cantek akan mula bercerita mengenai satu topik ke satu topik yang lain. Daripada kisah sahabat baginda Rasulullah SAW yang super-osem, hinggalah kepada tafsir al-Quran. Macam2 kak Cantek cerita. Sofea jadi semangat. Dibelinya terjemahan al-Quran berwarna pink. "Akak selalu bawa terjemahan ke mana2, dah la kecik, ada maksud dalam BM. Best nya !"

Sofea jatuh cinta. Sungguh.

Minggu seterusnya, Sofea ajak Hanis, Humaira dan Atifah. Kalau boleh satu block hostel tu Sofea mahu jemput ke bilik sempitnya, sama-sama dengar cerita daripada kak Cantek. Tapi apakan daya, bilik sekangkang kera tu hanya muat berapa orang sahaja. "Oh, takpe, Sofea ajak je lagi ramai2, kita boleh buat dekat surau lepas ni." Sofea senang dengan cara kak Cantek, tak memaksa. Setelah berbulan mereka berbulatan, barulah akak perkenalkan perkataan usrah kepada mereka. 

"Kalau adek-adek nak tahu, inilah usrah nama dia."

"Tapi kenapa sekarang baru akak bagitahu ?"

Kak Cantek tersenyum. 

"Kalau kak Cantek bagitau awal-awal dulu, nak ke Sofea makan dengan akak ? :) Akak tak nak, adek-adek ditakutkan dengan perkataan 'usrah'. Ramai orang takut, orang ingat usrah tu untuk orang-orang yang selalu pergi masjid, orang-orang yang hafal Quran 30 juzuk. No lah. Inilah usrah. Bulatan kita ni. Kita makan2, kita gi taman main basikal, kita cerita2. Inilah dia. Tapi still, akak prefer untuk panggil bulatan kita ni 'sitting', macam kita selalu panggil."

"Best lah sitting," ujar Humaira. 

Mereka tersenyum bahagia. 


Weh, amenda kau tulis ni ? Serabut.
Persamaan Amna dan Sofea; mereka dapat 'rasa' something yang best, cool, 'sedap'; mereka nak BAGITAHU orang. Kalau boleh semua orang yang mereka kenal rasa apa yang mereka rasa. 

Dau aura itu, aura itu adalah 'ukhwah'. Perasaan cinta yang wujud bila manusia2 bertemu kerana Allah. Sebab tu, Sofea tak pernah rasa aura itu dengan klasmet2 dia. Aura itu limited. Exclusive. Special.  Hanya untuk mereka2 yang bertemu dan berpisah kerana Dia ;) 

Usrah tu, macam makan popia mak cik Senah. Kita rasa sedap. Tapi tak guna kalau kita rasa sorang2. Sebab tu, kemanisan usrah tu, akan sampai ke klimaksnya (err ?) apabila seseorang tu membawa usrah mereka sendiri. Jadi seorang murabbi. Murabbiah. Naqib. Naqibah. Kakak usrah. Abang usrah. Mak usrah. Ayah usrah.

Tak cukup sekadar jadi anak usrah. 

Persiapan itu perlu. Bukanlah hari ni kita berbulatan, esok dah bawa adek usrah. Heh. Kalau orang power boleh la kot ;D Apa yang kita perlu buat sekarang, kalaupun kita masih belum bersedia, adalah untuk tanamkan azam dan tekad dalam diri. Satu hari nanti. Ya, saya nak jadi seorang murabbi !

Kan lagi best makan popia ramai2. Kedai mak cik Senah pun makin maju, alhamdulillah. Sitting Sofea pun makin besar, alhamdulillah.

Kan best kalau semua orang rasa apa yang kita rasa, kan ? ;)