Friday 18 May 2012

Berubah itu sukar ? hmm.

Bismillahirrahmanirrahim (: 


Usai menghabiskan bab ke-28, buku Versus nukilan Hlovate, Amal termenung sekejap. Versus sangat dekat dengan hati sebenarnya. Tentang perubahan 540 darjah bak kata Hlovate, tentang ditarik kembali ke jahiliyyah itu, tentang kekuatan untuk menepis, tentang KITA.


BERUBAH ITU SUKAR. Ohh, haruslah. Kalau senang, takde laa benda ni jadi isu. Takde laa dalam diri ada perang dunia ketiga kan. Bila kita berubah, kita sebenarnya meninggalkan jahiliyyah kita, dan bergerak ke sesuatu yang lebih baik. Melangkah ke cahaya. Berjalan ke arah Dia. Syaitan tak suka benda ni, sebab tu syaitan bisik benda bukan2, lempar godaan segala macam. Supaya langkah kita terhenti, or worse, kita patah balik. Di situ perlunya KEKUATAN DIRI. 

Tapi kita silap, selalu cakap "Ohh, sabar laa. Aku belum cukup kuat nak berubah". Masalahnya, kekuatan itu datang daripada Allah. Kalau kita tak pernah mintak, memang lah Dia tak bagi. Memang lah tak kuat. Memang sampai bila2 pun tak berubah. Memang. 

Berubah, ada cara dia. Ini cara Amal, just nak share :) yang mana baik, ikutlah. Yang mana tak relevan, buanglah. And no, bila Amal share benda ni, I'm not saying that I'm perfect, dah berubah sepenuhnya. NOPE. Masih mencuba sedaya upaya. Cumanya, bila berkongsi, manalah tau ada sahabat yang nak berubah sama2. Adalah teman di jalan jihad ni, aite ? ^_^

1) KENAPA PERLU BERUBAH. Sebelum nak berubah, of cos we need to have a valid reason utk berubah kan ? Contohnya dalam Versus (sorry cerita tu tengah fresh dalam kotak memori ><), si Ashraff Omar tu perlu lah betul2 clear, faham, mengerti; kenapa dan mengapa dia perlu tinggalkan skateboarding, b-boying and whatnot. Dan bukan hanya tahu, perlu FAHAM dan YAKIN. Hence, alasan tu mestilah cukup kukuh, ye dak ? Apa2 pun sebab untuk kita berubah, suka untuk Amal sarankan, tukarlah niat kerana ALLAH semata :) sebab, bila kita berniatkan yang kekal, insyaAllah kekal lah perubahan kita tu kan ? ;) contoh, kalau nak stop smoke, sebab apa ? Awek tak suka ? Okay, kalau awek dah blah nanti, boleh la smoke balik kan ? Hmm. Tapi kalau stop smoke sebab benda tu boleh bahayakan kesihatan, dan apa2 yang memudaratkan diri tu Allah tak suka, and stop sebab Allah tak suka, kekal lah perubahan tu insyaAllah :) awek ada takde, no hal lah ! 

2) CARI KEKUATAN DIRI. Macam Amal cakap kat atas, kekuatan datang HANYA daripada Allah. So, ber-DOA-lah banyak banyak banyak, moga kita cukup kuat. Hmm, I don't know about all of you, tapi Amal suka bila orang buat azam tahun baru, be it Hijrah ke, Masihi ke, tak kisah laa. At least, ada satu turning point, pusher, reason, force, drive, untuk orang tu berubah. Some sort of kekuatan jugak tu :) Ohh, I'm not saying tunggu 2013 baru nak berubah, NO. Cari turning point. Cari FORCE ! Berubah yang paling baik mestilah yang paling segera kan kan ? ;) 

3) CARI KEKUATAN DI LUAR. Ini perlu, untuk terus ISTIQAMAH dengan perubahan tuu. Bila nak berubah, dampingi kawan2 yang akan beri kekuatan kat kita, yang boleh tegur bila kita buat salah, and kita pun boleh terima teguran dia :) InsyaAllah, dengan adanya sahabat2 dan keluarga yang faham akan misi kita, kita akan lebih kuat, lebih SEMANGAT ! \^_^/

4) UJIAN. 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

(Al-baqarah:214)

Sesungguhnya, Allah AKAN uji kita. Kita perlu KUAT ! Apabila diuji, ingat balik KENAPA kita berubah, dan REACH OUT for help, minta bantuan daripada sahabat, keluarga. Istighfar banyak banyak banyak banyak. Ingat yang syaitan itu takkan putus asa dalam menyesatkan kita. So, kita tak boleh TEWAS ! As for me, al-Quran is my strength. Selagi hati dekat dengan al-Quran, insyaAllah, syaitan tak berani kacau. Kalau datang pun bisikan2 durjana tuu, be strong enough to say NO ! :)

5) TASBIH DAN ISTIGHFAR. Bila kita dah berjaya kick-out jahiliyyah dengan hensem dan macho nya, menempuh ujian Allah atas jahiliyyah kita itu dengan jayanya, maka ucapkanlah, 

SUBHANALLAH ~
ASTAGHFIRULLAH ~

Seperti firman Allah dalam ayat ketiga surah an-Nasr; 

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

Ayat ini diturunkan setelah Rasulullah S.A.W. dan para sahabat berjaya menawan kembali Kota Mekah. Kemenangan berpihak pada Islam ketika itu, dan RAAAAMAI yang memeluk agama Islam selepas peristiwa Fathu Mekah tersebut :) ayat ni, seakan mengajar kita ADAB menyambut kemenangan, iaitu dengan bertasbih dan beristighfar. Sama la macam bila kita dah berjaya kikis karat jahiliyyah, itu  kemenangan buat kita, kan ? :D

Sweeeeeet :')


Okayyyyy, dah berceloteh panjang lebar. Harap2 ada la yang sahabat boleh manfaatkan ^_^v ingat, berubah tu MEMANG sukar, tapi berbekalkan azam dan determination yang kuat, KITA BOLEH ! :D After all, Allah kan ada untuk tolong kita. Ikhlaskan hati kerana Dia. Jadi lebih baik, yuk ! >.<

Wallahua'lam.