Tuesday 29 November 2011

Cinta takkan datang

Bismillahirrahmanirrahim (:

Pernah dengar tak orang cakap macam ni;
 "Cinta takkan datang kalau tak memberi, cinta takkan datang kalau tak mencari"
Ha pernah tak pernah tak ? Sebenarnya Amal dah laaama terdengar ayat ni, daripada satu filem melayu kot *zaman filem melayu belum jadi mengarut dan tahyul macam sekarang =.=* Tapi maaflah, CINTA yang Amal maksudkan kt sini bukan cinta yang seronok2 tu, bukan cinta yang angau2 tu, tapi cinta pada Yang Satu :) tapi ! kalau nk tau pasal cinta yang satu lagi tu boleh usha di sini, best2 ! ^_^ 

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK MEMBERI

Amal rasa dalam filem tu, dia takde lah maksudkan cinta pada Yang Satu, rasanya dia tujukan kat awek dia kot ^_^" tapi bila difikirkan balik, boleh la di apply dalam kita mencari cinta Allah :) 

Jadi, kenapa Amal cakap cinta Allah takkan datang kalau tak memberi ? Simple. Kalau kita tak berikan cinta kita pada Allah, kenapa Dia perlu bagi cinta Dia kt kita, kan kan kan ? So, mcm mana nak mencintai Allah ? Simple jugak. Konsep dia MEMBERI jugak :) BERI masa untuk Dia, BERI tumpuan untuk Dia, BERI peluang untuk cinta Dia memenuhi hati kita. Luangkan masa untuk bersama orang2 yang mencintai Dia, luangkan masa untuk baca warkah rindu Dia, luang masa untuk kenal kekasih2 Dia yang lain :) BERI tumpuan dan peluang, in the sense that, JANGAN lah, JANGAN sesekali mencintai yang selain Dia, bukan kerana Dia. Maksud Amal, kalau kita mencintai manusia, cintalah kerana Dia. Bukannya apa, tapi takut2 kalau kita mencintai BUKAN kerana Allah, kita akan dipandu oleh nafsu, ditemani syaitan. Nauzubillah. Amal pun masih berusaha, moga2 Allah bantu kita  semua ^_^v

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK MENCARI

Untuk yang ni, nak petik kata2 yang ternampak kt newsfeed FB. hehe. credits to the owner :) 
If you're hungry, you don't wait for food to come, you go and look fr food,If you don't have money, don't expect that it'll fall frm the sky, find it (work),If it's dark, don't just sit down and do nothing, find some light.If there's no hidayah in you, don't just wait fr it (sampai seru), go and FIND IT ! 
Sobs T_T mendalam kan ? kalau benda lain kita USAHA untuk cari, tapi kenapa hidayah dan cinta Allah kita boleh duduk goyang kaki tunggu jatuh dari langit ? NO DEAR, it doesn't work that way. Go, look for it ! Di mana ? Simple. Cinta Allah, ada dengan mereka2 yang CINTA PADA DIA. Jadi sebagai pencari, kita carilah orang2 yang mencintai Allah. Duduk bersama, bercerita tentang Dia, perhatikan macam mana mereka2 mencintai Dia. Biiznillah, moga cinta Allah pada dia spread ke hati kita pulak nanti ^_^ 

Jom la kita cari, cari cinta Dia, dan cinta dia bila kita cukup cinta pada Dia :) 

Wallahua'lam.

Monday 21 November 2011

Safe Haven

Bismillahirrahmanirrahim.

A cup of bittersweet coffee and I'm wide awake. Big thanks to Nicholas Sparks =.= the book I was reading just now was just so addictive I couldn't stop. This, would definitely pay in the classes tomorrow. Aish, wrong move. 


The book was awesome. I always like how Sparks arranges his words and thoughts. Arranging thoughts, something I could never do well. At least that was what someone had once said to me. That someone said, without hesitation, "In order to get to point A, you went to B, C, till Z. Then go back to point A". That was harsh, right ? But it's true though. Like what I'm doing now. When I'm supposed to talk about the book, I went and rambled about anything but the book. Zzzz. 

So yea, Safe Haven is one of the latest from Sparks.  It was quite different from what I read of his before. This time, there is a bit of thriller, suspense, mystery. Quite interesting. Sparks is going out of his usual zone :) 

But rather, I think it's interesting because it distracted me. From that certain thing. 

Pen off. 


Sunday 20 November 2011

Untitled 2

She flipped back to the chapter that had already been finished. Refusing to move to the next chapter, she read and read and read. Word by word, line by line. It was the best chapter, yet. It was so beautiful, she wished the story ends there. Irony enough, story lines didn't usually follow what she expected. If she or anyone else in this world could guess life, than that won't be life. This is life, because only He knows. With trembling hands, she opened the next chapter.

Her eyes met new lines, new words, new story. But her heart, stayed at the previous. She was scared, scared that she might forget. Because there was just too little to be remembered.

And there was just too little hope for her to cling on to.


Takut

Bismillahirrahmanirrahim. Aku menulis keranaMu ya Allah. 

Iman, ada naik turunnya. Sebab itulah, sangat penting untuk kita jaga iman. Maha suci Allah, Amal dapat rasakan yang baru2 ni, iman Amal semakin menurun. Rasa kosong, rasa rindu. Tiba2 Allah ketuk pintu hati Amal dengan satu kesedaran, "Hidayah itu milik Allah".

Amal mula jadi takut. Lihat sekeliling. Islam, tapi berpakaian hampir telanjang ? Ramai. Islam, tapi berpegangan tangan di khalayak ? Ramai. Islam, berusrah, tapi bercouple ? Ada je. Islam, tapi melangkah ke tempat2 maksiat ? Ramai. Islam, tapi tidak jadikan al-Quran sebagai pedoman ? Ramai. Islam, tapi MURTAD, RAMAI !

Sayang, apabila jenis2 orang yang Amal sebut kan di atas, ramai yang sedar DIA TU ISLAM. Ramai yang tahu SOLAT TU APA. Ramai yang tahu AL-QURAN ITU PEGANGAN YANG NYATA. Tapi kenapa mereka begitu ? sebab,  "Hidayah itu milik Allah".

Amal kembali menilai usaha2 Amal menjaga hidayah, cukupkah ? Am I grateful enough of the hidayah He gave me ? Perasaan takut mula datang lagi. Amal manusia biasa yang tak lari daripada silap, masih dibelenggu karat2 jahiliyah. Takut, suatu hari nanti hidayah tidak lagi jadi milik Amal, tidak lagi menjadi milik kita semua. Tanpa iman dan Islam, what is there for us to live with ? Takut.

KEMBALI PADA AL-QURAN ! KEMBALI PADA AL-QURAN ! KEMBALILAH PADA ALLAH !!! 

Wednesday 16 November 2011

Untitled

Last night was a nightmare for her. It ended. What they both had for a quite sometime, ended, just the way she imagined it would be. Rough, tough, hurtful. And worse, she wasn't ready for it. But yeah, she didn't think that she will EVER be ready, not in a month, neither in a million years. She wasn't ready to stop talking to him, she wasn't ready to stop laughing, she wasn't ready to let go. She loved to talk, and he listened. It went so well, but they both know that it was WRONG. They were not supposed to be that close. It was WRONG. He was a good listener, although sometimes she didn't want to admit it. And now that she only has Him to listen to her, she began to learn to tell Him. And also, to do what she does best besides talking. 


She begins to write. 


Wednesday 2 November 2011

Bila Allah pula yang bertanya

Bismillahirrahmanirrahim (:

Pernah tak kawan2, bila dah lama tak jumpa kawan lama atau saudara mara, bila jumpa mereka akan tanya;

Si Polan: Apa khabar ? Dah lama tak jumpa. What have you been doing this lately ? :) 

So, what have WE been doing this lately ? hehe ;)

Bila saudara or kawan2 yang tanya, jawab je la macam biasa kan. Study, exam, yada2. TAPI ! hehe. Tadi, kakak naqibah Amal yang tanya. 

Kakak: Apa yang kamu buat sepanjang minggu ni ? :) 

Tak tahu la kenapa, tapi hati ni terasa macam nak impress akak, nak bagitau yang kita dah buat amalan tet tet tet and tet. Riak ? Ujub ? Takbur ? Entah laa. Tapi yang Amal pasti, Amal rasa kakak sendiri pun nak dengar benda2 yang baik je. Kan kan kan ? Ye laa, dah dia yang berusaha mentarbiyyahkan Amal dan sisters laen. Datang dari jauh, semata-mata mengajar kami mengenal Allah SWT. Nak ke dia dengar jawapan yang erm, not up to standard ? Contoh; 

Amal 1: Ohhh. Tak buat pape sangat pun. FB, tido, makan. Camtu je laa.
Amal 2: Ohhh. This week busy laa. Nak bukak al-Quran pun tak sempat.
Amal 3: Ohhh. Pergi klas, balik klas. Tu je la rasanya.

Kakak tu mesti rasa usaha dia sia2 kan ? Macam Amal ni tak belajar pape pun daripada apa yang dia ajar. Okay, Amal takde laa nak cakap Amal kena beribadat sebab nak jawab soalan dia. Cuba kita jadikan kisah Amal ni sebagai analogi je.

CUBA FIKIR, 

Kalau Allah yang tanya soalan tu kat kita. Apa yang kita dah buat sepanjang hidup kita ?

Jeng3 ! Apa kita nak jawab ? Nak tipu ? Semua anggota badan boleh bercakap nanti. Memang harapan je la kalau nak tipu kan. Hmm, dan selepas penghisaban, akan tibalah hukuman2 atau ganjaran2. 

AND,

Kalau jawapan kita not up to His standard, means we have not been doing what we are supposed to do in this temporary life, and kita mengecewakan Dia setelah kita mendapat hidayah, apa agak2 nya akan jadi kat kita eh ? 

HMM, SIMPLE. TO THE HELL WE GO. 

It's never too late to change. Everyday is another chance for us to repent. Erm, wait. EVERY SECOND. So we kind of have LOTS AND LOTS AND LOTS of chances to repent. Do we APPRECIATE it ?

Tepuk dada, tanya iman :) 
wallahua'lam. 


Saturday 29 October 2011

Khalifah ? Layakkah aku ??

Bismillahirrahmanirrahim (:

Alhamdulillah ! Hari ni Amal diberi peluang berusrah dengan akhwat2 yang sangat hebat, Kak Mimi dan kak Laili. Seronok betul berusrah sambil mentadabbur alam di Paya Indah Wetland, Dengkil. Dapat tengok buaya dan hippo for real buat kali pertama ! ^_^v Syukur pada Allah yang beri peluang ni pada kami :)

Antara yang dibincangkan tadi adalah mengenai tugas kita di muka bumi Allah ini. Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi bagi yang tidak, tugas kita hanyalah dua, iaitu beribadat kepada Nya dan menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Nak huraikan, memang sangat panjang. Amal cuma nak sentuh sikit pasal TUGAS KITA SEBAGAI KHALIFAH :)

Amal takdela berilmu sangat pun, tapi alhamdulillah, ilmu yang sikit ni Amal nak share. Khalifah dari segi bahasa bermaksud wakil atau pengganti. Maksudnya, kita menjadi pengganti Rasulullah SAW untuk memimpin umat Islam. Err, sounds hard ? ;) It's not, at all. Contoh; ajak kawan pergi surau, ajak kawan baca al-Quran, share ilmu yang dipelajari di FB ke, tak susah kan ? :) Mungkin usaha kita tak seberapa dibandingkan usaha2 para sahabat, tapi tidakkah Allah telah menjanjikan ganjaran walau sekecil manapun usaha itu ? ;) 
"Barang siapa yang mengerjakan kebajikan, dan dia beriman, maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan), dan sungguh, Kami-lah yang mencatat untuknya" (Al-Anbiya':94) 
Wah3, sweet kan ayat Allah tu ? :) Ok, so since kita dah tau yang tanggung jawab sebagai KHALIFAH tu WAJIB, dan TAK SUSAH, kenapa masih ramai yang berpaling apabila dipanggil untuk menjadi pemimpin Islam ? 

A: Khalifah ? Aku ? memang tak layak laa. Surau pun tak pernah jengah.
B: Khalifah ? Cam baik sangat je. Aku nak enjoy hidup dulu laa. Malas nak fikir hal2 ni.
C: Khalifah ? Nanti2 laa. Tunggu aku jadi baik sikit. 

And the list could go on and on and on. Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So Amal nak cakap pasal yang tak layak tu kan. Kak Laili ada share tadi, kalaulah SEMUA orang Islam ada mindset yang sama, semua rasa mereka tak layak jadi khalifah, SIAPA NAK JAGA UMAT ISLAM kan ? Tu la persoalan yang biasa kita dengar, LAYAK ATAU TAK. Hmm, sebenarnya kan, siapa yang lebih memahami kita ? Diri kita sendiri atau sang PENCIPTA ? For sure, Dia lebih tahu kita macam mana kan. Our capabilities, our weaknesses. Jadi, apabila kita diberi peluang untuk memimpin, tak rasa ke itu sebenarnya peluang daripada Allah, permudahkan kita dalam jalan dakwah kita ? 

Tarbiyyah pula, kita tidak boleh abaikan meskipun kita mentarbiyyah orang lain. Belajar dan mengajar, haruslah seiring. Jadi, tak timbul la persoalan ilmu tak cukup ke, tak layak ke, sebab sambil berkongsi ilmu, kita juga dituntut untuk menimba ilmu kan ? :)

Bagi Amal, peluang untuk menjadi pemimpin dalam kalangan umat Islam tu ibarat satu peluang yang besar, teramat besar benefit nya. 1) Kita akan belajar memimpin; 2) Kita akan sentiasa memperbetul diri; 3) SYURGA, insyaAllah !!! :D 

Jadi, apa lagi yang kita tunggu ? Kenapa kita masih berehat-rehat ? Penuhkan ilmu di dada, TAMPIL BILA DIPANGGIL ! tapi apa2 pun, istikharah itulah jalan yang terbaik. Serahkan pada Dia untuk membuat keputusan. But, never ever ever say; SAYA TAK LAYAK ! It's a learning process. We don't expect you to be perfect to become a leader, no worries ;) 

Wallahua'lam.

Nota kaki: Kawan pernah share, "Rehat bagi seorang dai'e adalah syurga" ;) 
 

Thursday 27 October 2011

Buat awak yang saya sayang :)

Bismillahirrahmanirrahim. 

Apa khabar semua ? Iman sihat ? :) Amal harap semua baik2 je ^_^v Amal tulis benda ni sebab Amal rindu, rindu sangat2 dengan kekasih2 Allah ni ;) 

Sayang-sayangku sekalian,
Macam mana dengan semangat berusrah semua ? Masih membara kah seperti dulu ? Jangan biarkan syaitan membisikkan hasutan2 yang boleh memadamkan api dakwah dalam diri kalian ! Jaga diri, jaga hati. Kita sama2 jaga each other okay ? :D

My beloved sisters, 
I know our journey is not easy. Hati dibolak-balikkan, syaitan yang datang menjengah, kejahatan yang tersembunyi, nafsu yang terkadang tidak terkawal. Tapi apa yang Amal mintak, JANGAN LEPASKAN TALI UKHWAH KITA :) InsyaAllah, sedahsyat mana pun Allah uji kita, akan ada yang mengingatkan, jika kita masih bersama. And of course, always, always be with the love letters He gives. Amal rasa semua dah cukup tahu kan ;) 

Srikandi2 syurga sekalian, 
Mungkin selepas apa yang terjadi pada adik-beradik kita dahulu mematahkan semangat kalian untuk terus kuat di jalan ini. Ada sahabat yang terpisah, ada yang langsung tidak kenal adik-beradik baru. Tapi, Amal harap kalian ingat kisah yang kak Mimi ceritakan pada kita. Bila kiblat diubah, adakah itu menggoyahkan aqidah umat Islam masa tu ? TIDAK LANGSUNG ! :D Kita pula, diuji dengan perubahan yang mungkin tidak kita senangi. Tapi adakah tu boleh jadi alasan untuk kita berhenti berjuang ? After all, we're in this circle not because of our friends, but because of Him, and only Him :) jom kita sama2 betulkan niat kita okay ? :D

Sahabat-sahabat yang dikasihi, 
Amal harap lepas ni kita kembali bersemangat untuk bersama, bersemangat untuk belajar tentang Islam. Kalau kita cukup concern dengan apa yang kita makan, kita patut lebih concern dengan apa yang HATI KITA MAKAN. Jangan biarkan hati2 kalian lapar tanpa juadah manis usrah kita :D Mungkin kita boleh ke ceramah, atau membaca buku2 tentang Islam, but you know so well that it's not going to be the same right ? :) 

Jadi, JOM !

Luangkan masa yang sedikit, hanya sekali seminggu, untuk kakak2 yang datang dari jauh. But most importantly, bila kita luangkan masa bersama, kita sedang meluangkan masa mengingati Dia yang kita cinta, bersama malaikat2 yang memayungi kita dengan sayap2 mereka, melimpahkan rahmat daripada Dia. 

And there's no love sweeter than that right ;) 


Amal sayang awak sangat2 :) 



Saturday 1 October 2011

Kenapa saya?

Kenapa saya pakai tudung besar ?
Tudung biasa kan lagi cantik.

Kenapa saya pakai baju labuh besar ?
Kalau nampak bentuk badan kan lagi cantik.

Kenapa saya takde boyfriend ?
Ada boyfriend kan lagi happy.

Kenapa saya pergi usrah ?
Duduk rumah goyang kaki kan lagi best.

Kenapa saya korbankan masa, keinginan, hidup saya yang dulu ?
Kalau macam dulu kan lagi seronok.

Kenapa kenapa kenapa ???

Kenapa saya tulis benda ni ?
Sebab saya nk bagitahu awak ni :)  

Sebab, Allah cakap bila pakai tudung, 
Kita kena tutup dada :) 
(An-Nur:31)

Sebab, Allah suruh kita tutup aurat selengkapnya,
Supaya orang jahat tak kacau kita :) 
(Al-Ahzab:59)

Sebab, Allah cakap kita tak boleh DEKATI zina,
Zina tu jalan yang buruk. 
(Al-Isra':32)

Sebab, saya dan akhwat2 akan terikat dengan tali2 Allah (aqidah),
Kalau saya buat salah mereka akan tegurkan :) 
(Ali 'Imran: 103)
Dan bila ilmu penuh di dada,
Saya nak bantu agama Allah ni :) 
(Muhammad:7)

Sebab, saya tak kisah pun dengan hidup ni,
Dunia ni kan senda gurau sahaja :) 
(Muhammad:36)
Dan akhirat itu jauh lebih baik ! :)  
(Al-An'am:32)

Awak, awak tahu tak kenapa saya ikut suruhan2 Allah dalam surat cinta Dia tu ?
Sebab, saya nak masuk syurga :) 
Tapi saya masih belum layak :(

Allah cakap, 
Syurga ada sungai yang tak payau air dia,
Sungai yang ada air susu,
Sungai yang ada khamar yang tak memabukkan,
Dan sungai yang ada madu ! :D 
(Muhammad:15)
Hebat kan syurga Allah ^_^

Allah cakap,
Orang kat neraka minum air yang mendidih,
Sampai terputus usus dia ! 
(Muhammad:15)
Tu tempat orang jahat kan ?
Dengan orang2 yang tak guna hati mereka untuk fahami ayat Allah,
Tak guna mata untuk lihat kebesaran Allah,
Tak guna telinga untuk dengar ayat2 Allah. 
(Al-A'raf:179)
Saya tak nak pergi situ, takut. 



Awak tak takut ?



"Wahai manusia ! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (setan) yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah" 
(Fatir:5)



Dan juga, sebab saya percaya janji2 Allah.



Awak tak percaya ?



Wallahua'lam :) 





Saturday 17 September 2011

Love for me :)

Love for me
Is when someone who is not related to me,
Care for me like I'm his or her own flesh and blood,
Teaches me with not even a single complain,
I love my dedicated teachers :) 

Love for me
Is when small children who knew nothing about the world,
Grasp my finger like they're never going to let it go,
Or smile to me sincerely that it erases all my heartaches,
I love my cute little nephew and niece :) 

Love for me 
Is when the people who used to play with me when I was small,
Stayed the same even we're far apart,
And when we talked, it could last for hours,
I love my pretty cousins :) 

Love for me 
Is when we gather every week,
Recite the al-Quran together,
And talk about Islam,
I love my dearest akhwat :) 

Love for me
Is when they lend me their shoulders to cry on,
Lend their ears to listen to my bad singing,
And laugh with me over super duper lame jokes,
I love my awesome friends :) 

Love for me 
Is when we fight over petty things,
Be jealous of one another,
And yet they are still the most reliable people,
I love my crazy siblings :) 

Love for me
Is when she stayed up all night when I had nightmares,
Call me every day to make sure I'm okay,
And listen to me whenever I pour out my stories,
I love my amazing ummi :) 

The greatest love for me
Is when I read the letters He gave me,
I feel calm,
When I tell Him problems,
He gives me solutions,
When I make a wish,
He grants it or give me better things,
When I make mistakes,
He forgives,
When I do good,
He rewards me, 
And when I need Him,
He is always, always there :) 


I love you, ya Allah :) 









Monday 12 September 2011

I guess it's time :)


Letting go is never easy,

But right now right here,

I'm letting go for real :) 




Saturday 10 September 2011

Nikah Awal ? hihi :)

Bismillahirrahmanirrahim (: 

Ha ! Hangat kn topic ni zaman sekarang. I've heard, read and saw maaaaany stories on this. Ramai yang sokong, ramai yang tak. Hehe :D Me ? Dah ramai yang nak tu, Amal pun nak jugak laa ! *Mcm best je* ><

So, selalunya ramai menggalakkan nikah awal ni sebab nak elakkan maksiat. Hehe. Suci murni kan niat tu, alhamdulillah :) Pada yang tak menyokong, akan selalu cakap pasal duit la kann. Macam mana nak kahwin grand2 kat hotel kalau belum kerja or baru grad. Macam mana nak bagi duit hantaran RM77,777.77 kepada si pengantin perempuan ? Takkan la nak pinjam along kan. hehe. So isu nya, duit untuk perbelanjaan kahwin KITA tu la :) 


Si penyokong pulak biasanya akan berdebat dengan mengeluarkan usul2 dan hujah2 yang sangat bernas. Bahawa sebenarnya Islam tak suruh pun belanja banyak2 untuk kahwin. Itu hanyalah budaya kita orang Melayu yang sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam yang utamakan kesederhanaan. Ouch. Lepas tu tersebar pulak pasal nikah khitbah atau bahasa kasarnya, nikah gantung. Jadi kita tak payah keluarkan belanja pun selagi pasangan dalam jagaan ibu bapa. Hehe. Uber cool aite ? :D Seghonok dengaq ! Kurang laa perbelanjaan KITA untuk kahwin nanti ;) hehe.


Few days back, I had a chat with a relative of mine. He said;
Ina jangan gatal nak kahwin tau selagi tak settle down. Make sure kerja and jaga ummi dulu, baru pikir pasal kahwin. Ina tau kan susah betul ummi besarkan Ina adik-beradik sorang2 dia je.
Ha ! kan da kena setempek atas muka tu ! Selama ni kita fikir duit KITA cukup ke tak, kalau nikah awal akan kacau study KITA ke tak. KITA, KITA dan KITA. Pernah fikir tak nak jaga parents dulu lepas kerja ? Jahat nya kita ni. Di mana kita letak mereka dalam list of priorities kita ? And BIASANYA di mana kita dalam list mereka ? Confirm2 la antara yang paling atas kan ! 


I'm not against people yang nak nikah awal. If you think you can graduate, get married early and still have ENOUGH money to be sent to your parents, go on. Nikah tu sangat2 dituntut dalam Islam. Suatu perbuatan yang sangat murni. Tapi bagi Amal, I'd like to take care of my ummi first. Furthermore, bukannya Amal tau in future Amal kerja semua macam mana. Tak tau gaji besar mana. Jangan2 ummi pulak yang kena tanggung kalau Amal nak nikah ! ha, tk ke kesian tu :( 


So ummi, jangan risau adek nak kahwin awal. Adek akan graduate, kerja for a few years, take care of you, send you for your hajj, then only I'll think of getting married. Yes I can still do all those even if I have a hubby, but I prefer to give my full attention to you, before I have my own family. After all, you have given me your full attention for the past 19 years (and still counting). And at the same time, you're also taking care of your mother. You deserve the best from me :) 


hmm, just my thoughts. wallahua'lam.


Nota kaki: Allah is ALWAYS the greatest and most accurate planner. So apart from writing this, I'm leaving it all to Him :) 



Monday 5 September 2011

Merdeka kah Kita ?

Bismillahirrahmanirrahim :) 

Ramadhan sudah melabuhkan tirainya. Sungguh indah seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma mungkin kali ni keberkatannya lebih dihayati, alhamdulillah :') 29 hari kita berpuasa, menahan lapar, dahaga, dan macam-macam lagi. Dan hanya itukah Ramadhan bagi kita ? Sekadar berlapar dan dahaga ? Amal harap, masing-masing sudah tahu jawapannya, Bahawasanya Ramadhan bukan sekadar itu :) Harap-harap bertemu lah lagi kita dengan bulan penuh keberkatan itu, ameen ya rabbal alamin.

Lumrah muslim masa kini, akhirnya Ramadhan, berakhirlah usaha2 menjaga pandangan, usaha untuk berjemaah di masjid, usaha untuk mengkhatamkan al-Quran dalam masa sebulan. Mungkin Amal pun tak terkecuali. Sama2 lah kita bawa perubahan tahun 1432H ni. Sama2 kita istiqamah dalam beribadah, dalam menjaga pandangan, dalam bertadabbur, dan berbagai-bagai lagi :) SAMA-SAMALAH KITA ! 

Maha besar Allah, tahun ni 1 Syawal jatuh pada 30 Ogos, sehari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia yang tercinta. Mula2 rasa macam biasa je, cuma iklan kat tv tu mixed up  la sikit. kejap raya, kejap merdeka ;) tapi masa dalam perjalanan pulang daripada beraya pada 1 Syawal tu, terdengar ada satu tazkirah drp seorang ustaz kt radio. Bunyinya lebih kurang begini; 

Selesainya kita berpuasa sebulan, menandakan pembebasannya kita daripada api neraka. Uniknya, tahun ini kita sambut dengan hari ulangtahun kemerdekaan, iaitu pembebasan daripada penjajah. Tapi, merdeka kah kita yang sebenar-benarnya ?
A tad bit of what he said. Masa tu la baru satu perkataan ni muncul dalam kepala. 

BEBAS !

Bebas daripada penjajah ? Konon ? Habis tu yang kita tiru cara mereka dress up ? Cara mereka berhibur ? Cara mereka memerintah ? Bebas ke tu namanya ? Kita MASIH BELUM MERDEKA ya tuan2 dan puan2. BUKALAH MATA !  Kalau kita merdeka, masyarakat kita takkan bergelumang dengan masalah sosial. Dan sedarlah, PENJAJAHAN MINDA lebih teruk daripada PENJAJAHAN FIZIKAL.

Bandingkan kita dengan Palestin. Yes, we claim we are FREE. Tapi kita terlalu dipengaruhi barat, cuma kita yang terlalu naif untuk sedar. Dan mereka ? Maybe they are still in the middle of a never-ending war, but AT LEAST that war makes them clinging to Allah ALL THE TIME. Adakah Amal cuba cakap yang keadaan kita yang MERDEKA SANGAT ni buat kita membelakangi Allah ? Err, it's a clear cut. YES !!!

Bebas daripada api neraka ? We can keep on dreaming ^_^" Kalau hanya di bulan Ramadhan kita bersungguh-sungguh, berbongkok-bongkok solat sunat dan sebagainya, I would say, pembebasan daripada api neraka tu is far-fetched. Dan yang paling menyayat hati, ada yang hanya menutup aurat di bulan Ramadhan. Sahabat2 sekalian, Ramadhan itu latihan untuk kita semua. Dia tidak hanya sekadar singgah untuk beri kita bonus pahala berganda-ganda, tapi juga untuk memotivasikan kita dalam beribadah pada bulan2 yang lain. Kalau kita betul2 inginkan pembebasan api neraka itu, jom kita mula beristiqamah :) Istiqamah itu tak senang, tapi tak mustahil. Kan ? :) 

Dan bila dianalisa kembali, cuba jawab soalan di atas, merdeka kah kita

Wallahua'lam.

Sunday 21 August 2011

Saya pun pernah couple, so does it make me BAD FOREVER ?

Assalamualaikum (:

Boy: Awk pernah couple tk ?
Girl: Pernah, kenapa tnya ?
Boy: Hish, mana la nak cari perempuan yang tak pernah couple. Hampir semua perempuan zaman sekarang ni tercemar dengan couple.

Wah3, sentap jugak mula2 dengar ayat hamba Allah ni. Satu; ramai je muslimah2 sejati kt luar sana yang belum pernah dihidu kumbang durjana. Dua; SIAPA ANDA UNTUK MENGELUARKAN STATEMENT SEBEGITU ? :) 

Mula2, rasa marah sangat bila dengar si polan ni cakap macam ni. Tapi dikawal jugak amarah tu, dan dikuatkan hati untuk menulis pasal benda ni. Benda yang sudah lama dipendam. Benda yang tak nak diungkit. Ish. 

Ok fine, Amal tak nafikan ramai muslimah2 sekarang ni yang pernah atau masih atau akan terjerumus ke so-called syurga dunia iaitu couple. Tapi apabila ada orang dengan beraninya keluarkan statement yang macam tu, seolah-olah tak memberi peluang kepada mereka ni untuk berubah. MasyaAllah ! Siapa kita untuk menghukum ???

Kalaulah si muslimah ni AKAN terjerumus ke kancah maksiat tu, tugas kita la sebagai yang celik dan berilmu untuk mengejutkan dia daripada indahnya mimpi dunia. Kan selemah-lemah iman tu adalah apabila kita hanya mencegah dengan hati. Bila kita rasa kita cukup bagus untuk judge orang lain, cuba tanya empunya badan, cukup kuatkah kita untuk menasihati atau menarik si pelaku maksiat tu daripada dosa ? Kalau tak cukup kuat, silalah JANGAN menghukum orang. 

Kalaulah si muslimah ni SEDANG berjinak-jinak dengan couple, adakah kita harus membenci, memboikot dia ? Macam tu ke Islam ajar ? Kita patut benci perbuatan dia, BUKAN DIRI DIA. In fact, kita harus berdoa dan terus berdoa so that dia akan diturunkan hidayah Allah someday.

Dan kalaulah si muslimah ni dah tinggalkan pun dosa2 yang lampau, kenapa perlu dijadikan isu dan diungkit kisah tu ? Ambil kisah Saiyyidina Umar Al-Khattab sebagai contoh. Beliau pernah menanam anaknya sendiri semasa masih jahiliyyah. And he ended up to be one of the greatest caliphs ! Why ? Because ALLAH FORGIVES ! and HE GIVES PEOPLE CHANCES ! yes, we are nobody compared to Umar, tapi kalau Allah boleh memaafkan dia dan beri dia peluang untuk sebarkan Islam, siapa kita untuk MEMATIKAN PELUANG ITU UNTUK ORANG LAIN ? 

I'm no ustazah, nor a really knowledgeable person. I write based on my observation. Dear all who happen to read this, GIVE THEM CHANCE. If you don't, maybe they'll go further from the right path. YOUR JUDGEMENT WILL KILL THEIR WILL TO CHANGE, TRUST ME. Amal pun pernah couple, so do I take it as an obstacle for me to change and to spread Islam ? NO ! As long as you don't judge, I'm pretty sure I'll stay strong :) 

Wallahua'lam.

Friday 19 August 2011

Travelog Ramadhan-Journey towards Mardhatillah #6



Assalamualaikum (:


Alhamdulillah, on the 17th of Ramadhan 1432H, my friends and I got the chance to visit an orphanage situated in Shah Alam. At first I was sooo nervous. I have no little brother or sister, so I'm not really good in handling small kids :( but as I went along, it was reaaally fun. Kids are kids. They play, they shout, they fight, but at the end of the day, you can't help but to look at them and smile. They're magical ;) 


This Ramadhan is DIFFERENT. Banyak rahmat yang Allah turunkan kt Amal, and only He knows how thankful I am fr all those gifts He granted me with :') Honestly, Amal rasa ni la first time Amal rasa kenikamatan Ramadhan. And I'm not ashamed to admit that, although I have lived for 19 years now. In fact, I'm thankful to get the chance to feel the real sweetness of Ramadhan. Alhamdulillah, alhamdulillah (: 


Now you're almost halfway gone. I am sooo going to miss you dear Ramadhan. 

Wednesday 17 August 2011

Travelog Ramadhan-Journey towards Mardhatillah #5

Assalamualaikum (:

Terlalu cepat masa berlalu, tgk2 Ramadhan dah semakin hampir ke penghujung. sedih nya :( rasa macam tak puas lagi ber-Ramadhan. Entah la tahun depan sempat ke tak. harap2 masih ada lah peluang untuk kita, ameen ya rabb ! (:

Menjadi lumrah seorang muslim, ramai yang sukakan Ramadhan sebab pahala dan rahmat Allah yang berlipat kali ganda. Sampai ada yang simpan duit 11 bulan sebab nk bersedekah banyak2 dalam bulan Ramadhan. Amal tak tahu la culture ni betul ke tak, tapi pada pandangan Amal yang tak banyak ilmu ni, ada canggung nya sikit budaya macam tu. hmm. kan ? :/

Dua hari lepas, Amal berkesempatan ke Institut Taufiq Islami, Shah Alam, rumah anak2 yatim. Hajat di hati Amal dan kawan2, nk berprogram di sana. Selesai berbincang dengan Ustaz penjaga anak2 kat sana, terpacul lah satu ayat daripada mulut beliau, "Kamu berprogram ni, jangan lah bulan Ramadhan sahaja, datang lah jugak ke sini walaupun bukan bulan Ramadhan". OUCH ! Terasa macam ada anak panah menusuk di situ. Budaya kita yang mengumpulkan harta untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan, membuatkan anak2 ni kesunyian pada Muharram, Zulkaedah, dan bulan lain2. Adilkah kita ? hmm :/

Kerana budaya menunggu Ramadhan ini jugalah masjid2 dan surau2 seperti padang jarak padang terkukur pada bulan2 lain. Bila Ramadhan tibalah orang berkejar-kejar ke masjid, sampai ada makmum yang terpaksa solat atas jalan di sesetengah masjid, sebab dewan solat terlalu sesak. Memang, memang bulan Ramadhan tu bulan rahmat, bulan keampunan, bulan persaudaraan, but does it end there ? on the 30th Ramadhan ? hmm :/

Teringat pula kata2 naqibah dalam salah satu halaqah sebelum Ramadhan lepas, "Ramadhan adalah persediaan kita untuk 11 bulan yang akan datang". Get the message ? For me, ayat ni deep sangat2. Ayat ni menyangkal segala budaya mengumpul tenaga ibadah kita hanya di bulan Ramadhan. Seharusnya, kita jadikan Ramadhan tu sebagai LATIHAN untuk kita jadi muslim yang hebat dalam bulan2 lain. Contoh, bila seorang kanak2 baru belajar berpuasa, ibu bapa akan bagi ganjaran so that they'll be excited ! right ? macam seringgit sehari ke, hehe. For me, itulah Ramadhan. Ganjaran Allah untuk kita yang baru nak bertatih dalam ibadah, especially yang sunat. Bila habis Ramadhan, bila dah mantap iman kita, kita seharusnya CONTINUE WITH ALL THE GOOD DEEDS :) Jadi, bila kita tak meninggalkan amalan tu, dan amalkan jugak dalam bulan2 lain (kecuali tarawikh la kn :D), next Ramadhan will be GREATER THAN THE PREVIOUS ONE. tkde la nk bertatih lagi. kan kan kan ? :D

Jom berubah ! Memang Ramadhan bulan yang mulia, tp ALLAH DAN RAHMATNYA TIDAK HANYA WUJUD DI BULAN RAMADHAN :) renung2 kan lah.

Wallahua'lam. 

Sunday 14 August 2011

Travelog Ramadhan-Journey Towards Mardhatillah #4

Assalamualaikum :)

Sejak bulan puasa ni bermula, sejak deria rasa sedang berehat, mula la deria yg lain jadi lebih aktif drp biasa. Bukannya apa, tapi pelik juga kenapa bulan puasa ni la baru Amal sedar ramai couple yang selalu dating, baru sedar ramai orang pakai legging. Entah la kenapa =.=

Jadi pada peluang yang ni, Amal nak cakap pasal perubahan. Susah ke nak berubah tu ? Kenapa susah untuk berubah menjadi baik tapi senang sangat untuk kita berubah jadi jahat ? Kenapa berubah tu perlukan masa yang panjang ? KENAPA ???

Sebenarnya, semua terletak pada diri kita. Memang, memang tiada manusia yang sempurna. Tapi salah ke kalau kita bekerja ke arah kesempurnaan tu ? Is it going to bring any harm ? or is it going to make us a better person ? Tepuk dada, tanyalah iman.

Bagi Amal, semuanya bergantung pada our FAITH. Kita kena betul2 sure kenapa kita perlu berubah. Adakh sebab oran suruh ? Adakah sebab kawan2 kita semua pakai tudung so kita pun nak pakai tudung jugak ? Macam tu ? MEMANG kita takkan dapat kekuatan yang kita cari.

Tapi, berubahlah kerana Allah. Sebab Dia akan bagi kita kekuatan tu bila kita niatkan kerana Dia. Contohnya kalau kita kerja kt office and kita ada boss. Dia suruh kita buat kerja, yang memang kita kena buat, memang tak boleh lari. Kalau lah kita put our heart into the work, do fr the sake of the company, dia akan hesitate ke nak tolong ? Trust me, he'll be more than willing to help you ! :)

So di mana kekuatan kita ? BUKAN pada hati, BUKAN pada kawan dan keluarga, BUKAN pada tenaga, tapi, pada KEPERCAYAAN YANG TEGUH KEPADA ALLAH :)

Jadi, jangan takut untuk berubah. Minta bantuan Allah. Tinggalkan maksiat. Jadikan Ramadhan kali ini titik perubahan daripada lembah yang hina. JOM ! :D

Teguran untuk diri juga ;) Wallahua'lam.

Saturday 13 August 2011

My Soulmate :)

Assalamualaikum (:

Akhirnya ! tiba hari yg ditunggu2. hehe. this budak kecik will be flying off to US in a few hours time. I'm making this fr you bcos I can't find the time to make anything more special :( sorry morry trolly. huhu. 


Dear Fuzah, I love you bcos;
You always know what to say when I am down,
You allow me to irritate you,
You listen attentively when I tell you stories,
You're freakishly annoying :P ,
You still understand me tho we hv not seen or talked to each other for a quite some time,
You're smelly x) ,
You were there through my hardest times,
And you're still there when I'm happy,
We can talk fr hours non-stop,
I can always buy you with food :P ,
And it's simply bcos,
You're Syafiah Mahfuzah ;) 

Dear Fuzah, I hate you bcos;
You're leaving me :( ,
and.....yeah, you're leaving me. 

So, according to my lists above, I found out that despite the fact that you're leaving on a jet plane, I still hv thousands of reasons to love you :) so, no worries. tho you're not here with me, I'll still love you. heee. So busuk, take a very good care of yourself, study hard, enjoy yr new life, don't miss me too much, and don't forget Him in every breath you take. See you in a few hours time :) mwah3 ! 

and yes, don't forget to bathe cos you're so smelly :P
I am dfnitely going to miss you.

Travelog Ramadhan-Journey towards Mardhatillah #3

Assalamualaikum (: 

Alhamdulillah, 12 hari sudah berlalu. hari ni masuk 13 Ramadhan 1432H dahhh :D praise to Allah, it has been a great journey so far (: 

It has been a bit tough for me these few days and worse, I really don't know who to talk to. But coming to think about it, I wasn't being fair to Him. He's here ! and He's willing to listen to me ! tapi still lagi Amal nk pgi cari2 org laen. screw me =.=

Hari ni ada benda ajaib jadi. again, He's being sweet to me ;) I was on my way to KUIS, ade ceramah. Unfortunately, I forgot to bring my spectacles. tp yang kelakarnya, kt dalam van MMU tu ada org trtinggal specs. and when I tried it on, it suited my eyes just fine ! Subhanallah ! :D :D tp kesian kt org yg trtinggal tu, mesti tercari2 specs dia. Amal bagi kt pk cik driver lepas balik dri KUIS. hrp2 org tu jumpa la, ameen (: 

And another great story (: Last Thursday I got the chance to break fast in the beautiful Masjid Besi with my friends and juniors. tk tahu kenapa, bt as soon as I entered the mosque, a positive vibe rushed through me. It's like something great was going to happen (: I thanked Allah for giving me the chance to get to know my little sisters, alhamdulillah. I tried to find time to get to know them, bt usually time will nt be on my side. On that night, I got the chance to have long chats with them, especially my junior from school, Zalila (: hee. bt the most unexpected thing happened was that I accidentally bumped into my akhwat, yg dah brbulan2 tk jumpa ! :D she used to be my naqibah, bt fr a few reasons, Kak Izana replaced her (: rindu sgt2 kt Kak Hannah tu smpai tk puas2 peluk dia. and still rindu lagi ni :')

yes, it may has not been that easy fr me these few days, bt I think it's just bcos Allah wants to give me great things ;) I love you Allah, always and forever (: 

Thursday 4 August 2011

Travelog Ramadhan-Journey towards Mardhatillah #2

Bismillahirrahmanirrahim (: 

Alhamdulillah, mlm ni masuk la 4 Ramadhan. subhanallah ! terlalu cepat masa berlalu. utk 2 dan 3 Ramadhan, sy compilekan je dalam satu entry :) hmm, 2 hari ni Allah byk mngajar sy ttg pngurusan masa. mengajar melalui ujian2 yg Dia beri. masa tu, as we know, memang tkkan dtg balik dah bila dah pergi. semua org tau, yet, tk ramai yg pndai mnghargai masa, trmasuklah sy sndiri :( harap2, Ramadhan ni Allah beri keberkatan masa buat kita, iaitu bilamana masa yang pendek tu dapat dimanfaat kan untuk buat mcm2 benda, ameen ! (: working hard towards it ! InsyaAllah, jom kita jadikan 4 Ramadhan lebih baik drp 1,2, dan 3. as fr me, nk menguruskan masa dengan baik esk :D :D :D