Assalamualaikum (:
Boy: Awk pernah couple tk ?
Girl: Pernah, kenapa tnya ?
Boy: Hish, mana la nak cari perempuan yang tak pernah couple. Hampir semua perempuan zaman sekarang ni tercemar dengan couple.
Wah3, sentap jugak mula2 dengar ayat hamba Allah ni. Satu; ramai je muslimah2 sejati kt luar sana yang belum pernah dihidu kumbang durjana. Dua; SIAPA ANDA UNTUK MENGELUARKAN STATEMENT SEBEGITU ? :)
Mula2, rasa marah sangat bila dengar si polan ni cakap macam ni. Tapi dikawal jugak amarah tu, dan dikuatkan hati untuk menulis pasal benda ni. Benda yang sudah lama dipendam. Benda yang tak nak diungkit. Ish.
Ok fine, Amal tak nafikan ramai muslimah2 sekarang ni yang pernah atau masih atau akan terjerumus ke so-called syurga dunia iaitu couple. Tapi apabila ada orang dengan beraninya keluarkan statement yang macam tu, seolah-olah tak memberi peluang kepada mereka ni untuk berubah. MasyaAllah ! Siapa kita untuk menghukum ???
Kalaulah si muslimah ni AKAN terjerumus ke kancah maksiat tu, tugas kita la sebagai yang celik dan berilmu untuk mengejutkan dia daripada indahnya mimpi dunia. Kan selemah-lemah iman tu adalah apabila kita hanya mencegah dengan hati. Bila kita rasa kita cukup bagus untuk judge orang lain, cuba tanya empunya badan, cukup kuatkah kita untuk menasihati atau menarik si pelaku maksiat tu daripada dosa ? Kalau tak cukup kuat, silalah JANGAN menghukum orang.
Kalaulah si muslimah ni SEDANG berjinak-jinak dengan couple, adakah kita harus membenci, memboikot dia ? Macam tu ke Islam ajar ? Kita patut benci perbuatan dia, BUKAN DIRI DIA. In fact, kita harus berdoa dan terus berdoa so that dia akan diturunkan hidayah Allah someday.
Dan kalaulah si muslimah ni dah tinggalkan pun dosa2 yang lampau, kenapa perlu dijadikan isu dan diungkit kisah tu ? Ambil kisah Saiyyidina Umar Al-Khattab sebagai contoh. Beliau pernah menanam anaknya sendiri semasa masih jahiliyyah. And he ended up to be one of the greatest caliphs ! Why ? Because ALLAH FORGIVES ! and HE GIVES PEOPLE CHANCES ! yes, we are nobody compared to Umar, tapi kalau Allah boleh memaafkan dia dan beri dia peluang untuk sebarkan Islam, siapa kita untuk MEMATIKAN PELUANG ITU UNTUK ORANG LAIN ?
I'm no ustazah, nor a really knowledgeable person. I write based on my observation. Dear all who happen to read this, GIVE THEM CHANCE. If you don't, maybe they'll go further from the right path. YOUR JUDGEMENT WILL KILL THEIR WILL TO CHANGE, TRUST ME. Amal pun pernah couple, so do I take it as an obstacle for me to change and to spread Islam ? NO ! As long as you don't judge, I'm pretty sure I'll stay strong :)
Wallahua'lam.