Saturday, 4 May 2013

"Maaf, saya tak layak"

Bismillahirrahmanirrahim (:

Oh. Amal baru sedar yang amal akan update belog ni when I have a strong feelings towards something; be it rage, sadness, or happiness. I can't write when the day seems normal

Err. Kay. 

So ha. Adalah si Fulaniah ni (nama dirahsiakan), apabila ditanya oleh kawannya si Fulanura. Ikuti perbualan. 

Fulanura: Fulaniah, dengar cita Abu suka kat hang. Untung lah hang, si Abu tu selalu azan kat masjid MMU tu, jadi imam dah biasa. Bawak usrah pulak tu ! aish, alhamdulillah, mesti hang bahagia ngan dia nanti. *mata bersinar-sinar*

Fulaniah: Errr, errr. Takleh la weh. Aku, aku tak layak untuk dia. Aku biasa je. Jadi imam pun gagap2 lagi. Pakaian pun tak se-muslimah mana. Mana layak..... 

Fulanura: Abih tu ? Hang tolak pinangan dia ??

Fulaniah: Haah. Harap dia jumpa yang lebih baik. Aku, tak layak. 

Kisah Fulaniah dan Fulanura habis di situ. Kita ikuti pula kisah James dan John.

James: Wahh, semangatnya aku PRU kali ni ! Aku mengundi kali pertama ! :D Aku tak sabar nak undi pemimpin yang mengamalkan Islam. Aku bermimpi, Malaysia ni betul2 jadi negara Islam insyaAllah ! *mata bersinar-sinar seperti Fulanura*

John: Eleh. Pemimpin yang amalkan Islam konon. Kita ni rakyat yang tak mengamalkan Islam mana pun. Mana layak kita nak ada pemimpin2 gitu. Lain kalilah James.

James: So kau give up?


John: Bukan give up. Aku cuma rasa rakyat Malaysia masih tak layak nak ada pemerintahan berlandaskan Islam, sampailah kita betul2 amalkan Islam. Ha gempak tak hujah aku. 

James: *terkesima*

...

Oh ya Allah. 

Sebenarnya amal tulis post kali ni sebab amal penat. amal penat dengar ayat "Maaf, saya tak layak." Cuba cakap lagi gitu depan amal, amal humban dalam longkang. 

Urgh. 

Amal tau, for sure, siapa2 lah yang baca post ni, mesti mimpikan syurga kan. Kan kan kan ? tipu lah kalau ada orang sanggup masuk neraka. So bila kalian aim syurga, kalian aim yang paling rendah ke paling tinggi ? (sebab syurga dikatakan banyak level kan)

Fulaniah dan John: Setakat mana yang saya layak jelah kot.

Fulanura dan James: Paling tinggi like duhhh ! Kami nak bernaqibkan Rasulullah :') 


Dalam menggapai syurga itu, ada ke orang macam Fulaniah dan John tu ? "Mana2 pun takpe, asalkan syurga." Sorry to say but amal rasa orang2 yang tak aim tinggi macam ni, PEMALAS.

Sebab bila dia tak berharap pada yang PALING bagus, dia takkan berusaha sekuat orang lain. Dia letak limit kat usaha dia. Orang yang aim paling tinggi, usaha pun TINGGILAH

Got it ? 

Jadi bila kita kata "Maaf, saya tak layak", kita seakan cakap yang "Maaf, saya malas nak usaha lebih untuk dapat yang terbaik."

Ya Allah. Geramnya. 

Kemon la weh. Kita orang Islam. Yang bermaruah. Kita dididik dengan pelbagai kisah sirah yang hebat2 belaka. 

Adakah Rasulullah SAW akan pergi berperang sana sini takluk wilayah dan sebarkan Islam kalau baginda tak aim tinggi ?
Bayangkan Rasulullah cakap, "Takpelah, 313 ni pun dah cukup ramai ni. Ni takdir Allah."

Adakah Al-Fateh akan susun strategi dan train tenteranya bermati-matian kalau dia tak aim tinggi ?
Bayangkan Al-Fateh kata, "Konstantinople ? Tak perlulah, kita duk senyap2, usrah dalam istana ni je."

Kita. Perlu. Aim. Tinggi. 

Dalam belajar, kita perlu aim untuk A+, bukan lulus semata ! Dalam usrah pulak, kita kena aim jadi penggerak, tak cukup jadi pengikut sahaja ! Dalam beribadah, aim buat segala bagai yang sunat, tak cukup yang wajib buat belaka ! Walhal dalam semua hal lah ! 

Sahabat-sahabat sayang. 

Kita dulu hebat. Pernah conquer 2/3 dunia kot. Dengan mindset macam ni, tidak target yang terbaik, kita, serius, takkan sampai balik ke zaman kegemilangan tu.

2/3 ? Takyah lah. 1/1000 pun dah cukup. 


Ni mentaliti orang Islam ?

Ketuk kepala, ketuk iman. Wallahua'lam. 



2 comments: