Bismillahirrahmanirrahim.
Maaf untuk title yang agak kontroversi. Baru tersedar ada satu lagi skirt labuh Amal hilang. ya Allah.... T_T
Tengah cuba nak berlapang dada. Satu demi satu pakaian hilang kat ampaian. Daripada t-shirt labuh, t-shirt pemberian my best friend on my birthday, to skirts. Yang kelakarnya, baju Amal semua saiz besar kot. I will always take blouses or t-shirts one size bigger. And yang hilangnya pun semua yang t-shirt labuh ! T_T okay, Amal tak boleh la pulak nak imagine yang si pencuri tu akan pakai t-shirt labuh berkenaan lepas mencurinya. Nampak tak kena di situ -.-"
But then again.
But then again.
Dear pencuri, or I'd rather call you ukhti (for sure la perempuan kan sebab kt blok perempuan ?), I know t-shirt2 labuh kat pasaran tu agak mahal berbanding t-shirt biasa. So kalau awak ambil baju2 saya kerana awak tak mampu, takpe lah. Pakailah. Harap baju2 tu dapat membantu awak menutup aurat dengan baik. Saya redha T_T
Teringat satu kisah kakak usrah pernah cerita. Hati kita ni hanya boleh terima salah satu daripada dua; sama ada HAK atau BATIL. Sepatutnya kita tak boleh pilih jalan tengah. jadi maksudnya di sini, istilah "Pencuri Muslimah" tu tak boleh la wujud kan ? Kalau awak nak tutup aurat, carilah jalan halal untuk dapatkan baju...sobs... *eh tadi cakap dah redha. sheesh -.-*
Sebab tu dalam surah al-baqarah, ayat 208, my dear Allah ada menyebut;
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) SEGALA hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Supposedly, kita tak boleh terima Islam itu separuh-separuh. Okay, saya nak solat, tapi tak nak tutup aurat. Nak gi haji, tapi tak nak bagi zakat. Nak tutup aurat litup dengan niqab tapi pergi konsert rock & roll siap head banging (contoh hiperbola).
HEY ! MANA BOLEH GITU ! ><"
"(dengan mematuhi) SEGALA hukum-hukumnya."
Jelas. Terang. Benderang. Tak perlu Amal cerita panjang. Kan.
But like I always say to my friends, my anak2, telinga tuan yang bercakap itu adalah yang paling dekat dengan mulutnya berbanding telinga orang lain. So Amal pun masih berusaha mengimani ayat 208 ni. Tapi sekurang-kurangnya, kita cubalah, jom ?
Peluk hidayah kuat-kuat, pinjaman Allah yang tak ditukar milik itu. Masih milik mutlak Dia. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik.
Wallahua'lam.
Penggunaan dalil yg tepat! Teruskan menulis, eh. Menaip.
ReplyDelete