Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita Disney feveret Amal. Kisah Cinderella dan sepatunya.
"And they live happily ever after."
Menangis air mata darah. zzz.
Tujuan tulis post kali ini ---> memusnahkan mimpi-mimpi indah seluruh kanak-kanak perempuan di dunia yang fana ini. Cinderella tak wujud adik-adik. Begitu juga Bella dan Beast nya. Atau Aurora dan ketidurannya.
Tak wujud.
Tapi kita yang dijajah pemikiran ini, sudah di-"mindset" sejak kecik;
"A good ending is a happy ending. A good ending is when you got to be with the prince. Of your choice. A good ending is when things go the way you planned."
Padahal Allah kan cakap;
Tapi oleh sebab kita sukar untuk bebaskan minda yang dijajah, kita meratap bila our ending is not that good. Or when the prince go run with someone else. Or when things don't go as we planned.
Kita sedih. Menangis. Meratap. Kenapa ?
Sebab kita belum cukup yakin. Kita belum mengimani ayat 216 daripada bab sapi betina itu. Kita belum sedar bahawa yang cantik di mata kita, tak semestinya cantik.
Kakak usrah selalu cakap, "Pandang lah dunia dari kaca mata Islam." Orang Islam, orang Iman, sepatutnya tiada sebab lah untuk bersedih kan ? ;)
Eh. Tapi kita ni manusia. Tak salah menjalankan fitrah manusia.
Namun ada baiknya kalau kita cuba imani ayat kat atas tu. Atau, cuba faham yang HANYA ALLAH TAHU APA ITU YANG TERBAIK. Bukan kita. Atau mak kita. Atau cikgu sekolah. Mahupun pensyarah MMU. BUKAN. Hanya Allah.
Atau kadang kita sedar hakikat itu, namun hati tersasar jua. Cuba, istighfar. Tarik nafas. Serah semua pada Dia.
Jom. Sedih is too mainstream. Allah itu ada.
My ending may not be as happy as yours, Cinderella. But Jannah, is definitely more beautiful than your castle. And I'll work for that. I will.
:)
:)
No comments:
Post a Comment