Tuesday 29 November 2011

Cinta takkan datang

Bismillahirrahmanirrahim (:

Pernah dengar tak orang cakap macam ni;
 "Cinta takkan datang kalau tak memberi, cinta takkan datang kalau tak mencari"
Ha pernah tak pernah tak ? Sebenarnya Amal dah laaama terdengar ayat ni, daripada satu filem melayu kot *zaman filem melayu belum jadi mengarut dan tahyul macam sekarang =.=* Tapi maaflah, CINTA yang Amal maksudkan kt sini bukan cinta yang seronok2 tu, bukan cinta yang angau2 tu, tapi cinta pada Yang Satu :) tapi ! kalau nk tau pasal cinta yang satu lagi tu boleh usha di sini, best2 ! ^_^ 

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK MEMBERI

Amal rasa dalam filem tu, dia takde lah maksudkan cinta pada Yang Satu, rasanya dia tujukan kat awek dia kot ^_^" tapi bila difikirkan balik, boleh la di apply dalam kita mencari cinta Allah :) 

Jadi, kenapa Amal cakap cinta Allah takkan datang kalau tak memberi ? Simple. Kalau kita tak berikan cinta kita pada Allah, kenapa Dia perlu bagi cinta Dia kt kita, kan kan kan ? So, mcm mana nak mencintai Allah ? Simple jugak. Konsep dia MEMBERI jugak :) BERI masa untuk Dia, BERI tumpuan untuk Dia, BERI peluang untuk cinta Dia memenuhi hati kita. Luangkan masa untuk bersama orang2 yang mencintai Dia, luangkan masa untuk baca warkah rindu Dia, luang masa untuk kenal kekasih2 Dia yang lain :) BERI tumpuan dan peluang, in the sense that, JANGAN lah, JANGAN sesekali mencintai yang selain Dia, bukan kerana Dia. Maksud Amal, kalau kita mencintai manusia, cintalah kerana Dia. Bukannya apa, tapi takut2 kalau kita mencintai BUKAN kerana Allah, kita akan dipandu oleh nafsu, ditemani syaitan. Nauzubillah. Amal pun masih berusaha, moga2 Allah bantu kita  semua ^_^v

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK MENCARI

Untuk yang ni, nak petik kata2 yang ternampak kt newsfeed FB. hehe. credits to the owner :) 
If you're hungry, you don't wait for food to come, you go and look fr food,If you don't have money, don't expect that it'll fall frm the sky, find it (work),If it's dark, don't just sit down and do nothing, find some light.If there's no hidayah in you, don't just wait fr it (sampai seru), go and FIND IT ! 
Sobs T_T mendalam kan ? kalau benda lain kita USAHA untuk cari, tapi kenapa hidayah dan cinta Allah kita boleh duduk goyang kaki tunggu jatuh dari langit ? NO DEAR, it doesn't work that way. Go, look for it ! Di mana ? Simple. Cinta Allah, ada dengan mereka2 yang CINTA PADA DIA. Jadi sebagai pencari, kita carilah orang2 yang mencintai Allah. Duduk bersama, bercerita tentang Dia, perhatikan macam mana mereka2 mencintai Dia. Biiznillah, moga cinta Allah pada dia spread ke hati kita pulak nanti ^_^ 

Jom la kita cari, cari cinta Dia, dan cinta dia bila kita cukup cinta pada Dia :) 

Wallahua'lam.

2 comments: