Saturday, 29 October 2011

Khalifah ? Layakkah aku ??

Bismillahirrahmanirrahim (:

Alhamdulillah ! Hari ni Amal diberi peluang berusrah dengan akhwat2 yang sangat hebat, Kak Mimi dan kak Laili. Seronok betul berusrah sambil mentadabbur alam di Paya Indah Wetland, Dengkil. Dapat tengok buaya dan hippo for real buat kali pertama ! ^_^v Syukur pada Allah yang beri peluang ni pada kami :)

Antara yang dibincangkan tadi adalah mengenai tugas kita di muka bumi Allah ini. Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi bagi yang tidak, tugas kita hanyalah dua, iaitu beribadat kepada Nya dan menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Nak huraikan, memang sangat panjang. Amal cuma nak sentuh sikit pasal TUGAS KITA SEBAGAI KHALIFAH :)

Amal takdela berilmu sangat pun, tapi alhamdulillah, ilmu yang sikit ni Amal nak share. Khalifah dari segi bahasa bermaksud wakil atau pengganti. Maksudnya, kita menjadi pengganti Rasulullah SAW untuk memimpin umat Islam. Err, sounds hard ? ;) It's not, at all. Contoh; ajak kawan pergi surau, ajak kawan baca al-Quran, share ilmu yang dipelajari di FB ke, tak susah kan ? :) Mungkin usaha kita tak seberapa dibandingkan usaha2 para sahabat, tapi tidakkah Allah telah menjanjikan ganjaran walau sekecil manapun usaha itu ? ;) 
"Barang siapa yang mengerjakan kebajikan, dan dia beriman, maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan), dan sungguh, Kami-lah yang mencatat untuknya" (Al-Anbiya':94) 
Wah3, sweet kan ayat Allah tu ? :) Ok, so since kita dah tau yang tanggung jawab sebagai KHALIFAH tu WAJIB, dan TAK SUSAH, kenapa masih ramai yang berpaling apabila dipanggil untuk menjadi pemimpin Islam ? 

A: Khalifah ? Aku ? memang tak layak laa. Surau pun tak pernah jengah.
B: Khalifah ? Cam baik sangat je. Aku nak enjoy hidup dulu laa. Malas nak fikir hal2 ni.
C: Khalifah ? Nanti2 laa. Tunggu aku jadi baik sikit. 

And the list could go on and on and on. Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So Amal nak cakap pasal yang tak layak tu kan. Kak Laili ada share tadi, kalaulah SEMUA orang Islam ada mindset yang sama, semua rasa mereka tak layak jadi khalifah, SIAPA NAK JAGA UMAT ISLAM kan ? Tu la persoalan yang biasa kita dengar, LAYAK ATAU TAK. Hmm, sebenarnya kan, siapa yang lebih memahami kita ? Diri kita sendiri atau sang PENCIPTA ? For sure, Dia lebih tahu kita macam mana kan. Our capabilities, our weaknesses. Jadi, apabila kita diberi peluang untuk memimpin, tak rasa ke itu sebenarnya peluang daripada Allah, permudahkan kita dalam jalan dakwah kita ? 

Tarbiyyah pula, kita tidak boleh abaikan meskipun kita mentarbiyyah orang lain. Belajar dan mengajar, haruslah seiring. Jadi, tak timbul la persoalan ilmu tak cukup ke, tak layak ke, sebab sambil berkongsi ilmu, kita juga dituntut untuk menimba ilmu kan ? :)

Bagi Amal, peluang untuk menjadi pemimpin dalam kalangan umat Islam tu ibarat satu peluang yang besar, teramat besar benefit nya. 1) Kita akan belajar memimpin; 2) Kita akan sentiasa memperbetul diri; 3) SYURGA, insyaAllah !!! :D 

Jadi, apa lagi yang kita tunggu ? Kenapa kita masih berehat-rehat ? Penuhkan ilmu di dada, TAMPIL BILA DIPANGGIL ! tapi apa2 pun, istikharah itulah jalan yang terbaik. Serahkan pada Dia untuk membuat keputusan. But, never ever ever say; SAYA TAK LAYAK ! It's a learning process. We don't expect you to be perfect to become a leader, no worries ;) 

Wallahua'lam.

Nota kaki: Kawan pernah share, "Rehat bagi seorang dai'e adalah syurga" ;) 
 

No comments:

Post a Comment