Monday, 5 September 2011

Merdeka kah Kita ?

Bismillahirrahmanirrahim :) 

Ramadhan sudah melabuhkan tirainya. Sungguh indah seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma mungkin kali ni keberkatannya lebih dihayati, alhamdulillah :') 29 hari kita berpuasa, menahan lapar, dahaga, dan macam-macam lagi. Dan hanya itukah Ramadhan bagi kita ? Sekadar berlapar dan dahaga ? Amal harap, masing-masing sudah tahu jawapannya, Bahawasanya Ramadhan bukan sekadar itu :) Harap-harap bertemu lah lagi kita dengan bulan penuh keberkatan itu, ameen ya rabbal alamin.

Lumrah muslim masa kini, akhirnya Ramadhan, berakhirlah usaha2 menjaga pandangan, usaha untuk berjemaah di masjid, usaha untuk mengkhatamkan al-Quran dalam masa sebulan. Mungkin Amal pun tak terkecuali. Sama2 lah kita bawa perubahan tahun 1432H ni. Sama2 kita istiqamah dalam beribadah, dalam menjaga pandangan, dalam bertadabbur, dan berbagai-bagai lagi :) SAMA-SAMALAH KITA ! 

Maha besar Allah, tahun ni 1 Syawal jatuh pada 30 Ogos, sehari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia yang tercinta. Mula2 rasa macam biasa je, cuma iklan kat tv tu mixed up  la sikit. kejap raya, kejap merdeka ;) tapi masa dalam perjalanan pulang daripada beraya pada 1 Syawal tu, terdengar ada satu tazkirah drp seorang ustaz kt radio. Bunyinya lebih kurang begini; 

Selesainya kita berpuasa sebulan, menandakan pembebasannya kita daripada api neraka. Uniknya, tahun ini kita sambut dengan hari ulangtahun kemerdekaan, iaitu pembebasan daripada penjajah. Tapi, merdeka kah kita yang sebenar-benarnya ?
A tad bit of what he said. Masa tu la baru satu perkataan ni muncul dalam kepala. 

BEBAS !

Bebas daripada penjajah ? Konon ? Habis tu yang kita tiru cara mereka dress up ? Cara mereka berhibur ? Cara mereka memerintah ? Bebas ke tu namanya ? Kita MASIH BELUM MERDEKA ya tuan2 dan puan2. BUKALAH MATA !  Kalau kita merdeka, masyarakat kita takkan bergelumang dengan masalah sosial. Dan sedarlah, PENJAJAHAN MINDA lebih teruk daripada PENJAJAHAN FIZIKAL.

Bandingkan kita dengan Palestin. Yes, we claim we are FREE. Tapi kita terlalu dipengaruhi barat, cuma kita yang terlalu naif untuk sedar. Dan mereka ? Maybe they are still in the middle of a never-ending war, but AT LEAST that war makes them clinging to Allah ALL THE TIME. Adakah Amal cuba cakap yang keadaan kita yang MERDEKA SANGAT ni buat kita membelakangi Allah ? Err, it's a clear cut. YES !!!

Bebas daripada api neraka ? We can keep on dreaming ^_^" Kalau hanya di bulan Ramadhan kita bersungguh-sungguh, berbongkok-bongkok solat sunat dan sebagainya, I would say, pembebasan daripada api neraka tu is far-fetched. Dan yang paling menyayat hati, ada yang hanya menutup aurat di bulan Ramadhan. Sahabat2 sekalian, Ramadhan itu latihan untuk kita semua. Dia tidak hanya sekadar singgah untuk beri kita bonus pahala berganda-ganda, tapi juga untuk memotivasikan kita dalam beribadah pada bulan2 yang lain. Kalau kita betul2 inginkan pembebasan api neraka itu, jom kita mula beristiqamah :) Istiqamah itu tak senang, tapi tak mustahil. Kan ? :) 

Dan bila dianalisa kembali, cuba jawab soalan di atas, merdeka kah kita

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - Al Baqarah:216

    Merdeka hati dan fikiran drpd kemewahan dunia dan tipu daya syaitan adalah sebaik2 kemerdekaan. Merdeka yang mendekatkan hati dengan Pencipta.

    ~thumbs up. keeps on writing..

    ReplyDelete