Bismillahirrahmanirrahim (:
Setelah lama kekeringan idea untuk menulis di belog cikai ni, akhirnya ! Tanggal 5 Ramadhan 1433H, Allah SWT telah menurunkan ilham untuk kembali menulis :) hee, moga bermanfaat !
Ramadhan is special to me because...
Setelah lama kekeringan idea untuk menulis di belog cikai ni, akhirnya ! Tanggal 5 Ramadhan 1433H, Allah SWT telah menurunkan ilham untuk kembali menulis :) hee, moga bermanfaat !
Ramadhan is special to me because...
Dah semua orang tulis pasal Ramadhan, Amal pun nak lah jugak, kannn >.< so apa istimewanya Ramadhan ? Agak2 nya, kalau Amal nak cakap pasal pahala yang berganda-ganda, syaitan yang dirantai, pintu syurga yang terbuka dan pintu neraka yang tertutup; mesti sahabat semua dah tahu kan ? :) And the list could go on and on. But for me, Ramadhan is special because;
1) BANGUN. Hari tu Amal ada hapdet kt status FB;
"Bangun sahur di dinihari itu jauuuuh lbih senang drp bangun nk pgi klas (;
Keberkatan Ramadhan ♥ moga kita terus istiqamah wlau Ramadhan berlalu pergi nnti, insyaAllah."
Maha suci Allah, Amal rasa senang sangat nak bangun pagi2 sahur tu. Dan bila dah bangun awal tu, roh pun sempat bersahur jugak alhamdulillah (; Kalau hari2 biasa, bukan main struggle nak bangun pagi =.= rumet pun tensyen kot nak mengejut Amal, hehe.
2) RINGAN. Alhamdulillah jugak, bulan Ramadhan ini menyaksikan betapa ringannya tulang untuk beribadah kepada Dia, betapa ringannya lidah untuk menyebut nama Dia, dan ringan juga mata untuk menatap surat cinta Dia ^_^ mungkinkah kerana ketidakhadiran si penghasut tegar setan durjana ? hmm, mungkin. Apa2 pun, Amal seghonok ! :D
3) UKHWAH. Bagi Amal, bulan Ramadhan inilah bulan untuk membina ukhwah ataupun memantapkan ukhwah sedia ada :) Kalau di kampus Amal, kami ada iftar setiap hari di surau. Seronok makan ramai2 ! :D And Amal ni jenis yang suka berkenalan, so bila nampak muka yang tak familiar, Amal akan tegur and bertambah lah lagi nombor2 telefon dalam Contacts Nokia E5 tuu, hehe. Masa tarawih pun sama, bila salam2 tu, Amal cuba untuk bertanya-tanya nama :) seghonok lagi ! :D
4) MASA. Dari segi masa pula, Amal rasa Ramadhan ni jadikan masa kita lebih panjang (ha, mesti tak faham kan ? >.<). Erm, contoh, kita bangun sahur kan, kadang2 kalau siap makan cepat, ada sedikit masa sebelum subuh. For me, that's my prime time :) Nak study ke, menghafaz ke, senang bangat waktu itu. And kita dah kurangkan masa sebab tak perlu lunch kan. So lunch break antara kelas2 tu boleh dimanfaatkan untuk menatap surat cinta Ilahi dan melakukan solat2 sunat; which, sebelum ni kita terkejar-kejar nak melaksanakannya. Hoho, osem kan :D
Banyak lagi sebenarnya, tapi kalau Amal nak list semua memang tak larat la kome nak baca, hehe. Amal rasa Ramadhan ini Allah SWT turunkan tanda kasih Dia pada kita. Terlalu banyak keistimewaan Ramadhan. Terlalu banyak :)
Realiti Masyarakat Kita...
I was browsing through FB when I came across this conversation;
A: Hang da baca al-Quran sampai mana ? Dah 4 Ramadhan nihh.
B: Ohh, baru juzuk 3, cheq baca ngan makna skali, lembab skit haa.A: Hah ? Mana boleh lagu tuhh, cheq da juzuk 8, kan cita2 nak khatam 2 kali Ramadhan nih.B: Takpa, hang pi la dulu.C: Sahabat, Ramadhan adalah bulan membentuk tabiat, bukan bulan tunjuk hebat :D
Too bad Amal tak kenal siapa si fulan C tuu, kalau tak Amal dah pegi kat dia bagi 100 markah :D Tepat sekali titah beliau, hehe.
Realiti masyarakat kita sekarang, kita berlumba, all out, beribadah HANYA di bulan Ramadhan. Okayy, Ramadhan khatam al-Quran 14 kali, 11 bulan al-Quran entah ke mana. Ramadhan sedekah separuh gaji, 11 bulan tak pernah bagi sesen pun kat orang miskin. Ramadhan tiap2 hari gi masjid, 11 bulan sekali pun tak pernah jenguk masjid. Hmm, apa ni wehh ? :(
Ada sebabnya kenapa Ramadhan itu SEBULAN. Kerana Ramadhan adalah medan latihan, supaya 11 bulan lagi kita semantapnya untuk istiqamah, meski tanpa ganjaran sehebat Ramadhan. Oh well, Amal takde laa hebat mana pun nak tegur itu ini, serius ni tegur diri sendiri jugak, SUMPAH. Bersedihlah jika kita dapat khatam 2 hari sekali pada bulan Ramadhan, tapi bulan lain tak sentuh al-Quran pun. Bersedihlah jika kita dapat berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, tapi puasa sunat Isnin Khamis pada bulan lain tak pernah buat pun. Bersedihlah. Ramadhan kita sia2.
Jadikan azam Ramadhan ini...
Untuk tidak mensia-siakan Ramadhan kita, hadiah daripada ar-Rahman untuk kita, apa kata, tahun ini, 1433H, kita jadikan Ramadhan kita sebagai turning point. Cabaran sebenar kita bukanlah pada bulan Ramadhan, but to keep up with what we have started in Ramadhan for the next 11 months ! :D InsyaAllah, itulah azam Ramadhan Amal tahun ini. Well memang la bulan lain takde tarawih semua tuu, tapi ibadah yang kita boleh continue, CONTINUE ! Tempoh percubaan Ramadhan ini, the real battle is in the next 11 months.
Up for it peeps ? :)
Remember, Ramadhan bulan membentuk tabiat, bukan bulan tunjuk hebat :D
Wallahua'lam.
P/s: Too Phat kata; "Bukan berkhutbah, cuma betuli diri jua". ;)
great post amal. how was your Ramadahan then? :)
ReplyDeletemay Allah grant us steadfastness in his religion :D
alhamdulillah, it was a life-changing Ramadhan I should say. experienced a few events, which I considered as Allah's blessings to me (: how was yours kakak ?
Deleteameen ameen, praying the same fr you too (: moga kita berjiran di Jannah (;