Assalamualaikum wbt (:
Alhamdulillah, Allah SWT
mengizinkan masa, mengizinkan ilham untuk menulis lagi. Rindu jugak nak
berkongsi kat sini, but asif, idea itu bukanlah sesuatu yang datang dengan
senang setelah memetik jari.
Petik jari. Petik jari. Nope. Not
any.
Okay, dah mengarut.
So the story goes. A few weeks
back, I was admitted to the hospital due to asthma and bad cough. Saaaangat
terkejut masa tu serius tak tipu sebab sepanjang hidup Amal, tak pernah sakit
sampai kena admit ward. I had asthma when I was in primary school, tapi kalau
kena attack pergi hospital kena neb sekali then, okay ! Boleh kembali berjimba
bersama kengkawan. Tapi kali ni, dah neb 2 kali dalam masa 2 hari, tapi masih
tak berhenti. And oh, masa ni dah masuk second week of study break (MMU bagi
study break 2 minggu for this sem).
Memula tu of course lah reluctant
nak pergi hospital. Kalau Doktor decide untuk tahan kat ward, burn begitu
sahajalah study break beta. Risauuu, sangat risau. Because seriously, this
semester was one of the toughest yet T_T tapi atas nasihat Ummi, terpaksalah
akur, hospital it is.
Doctor was shocked hearing how
bad my cough was. Neb again. X-ray. Injection. So yupp. Memang kena admit. I
posted about it in my Instagram, NOT hoping for sympathy, but really, it was a few
days till final exam and I need lots and lots of prayers. To get well, and to
do well in exam. Konon bawak buku ke hospital, but heh, once dah inject ubat,
memang mata tertutup rapat.
Eh pantun dua kerat :P
Empat hari dihabiskan di hospital
dan Alhamdulillah, I felt better. Doktor nak tahan sampai weekend tapi berjaya
buat muka kesian minta simpati and I was back in MMU on Friday. Study time !
zzzz.
IBRAH DARIPADA KAMAR HOSPITAL
1)
Sihat sebelum sakit
Kan Amal kena asthma, ya Allah
seriously, sangat-sangat sukar untuk baca al-Quran masa tu. Sedih bila satu
nafas tu hanya mampu baca 2-3 kalimah. Masa tu sangat down, so akhirnya just
baca dengan cara yang termampu.
Masa tu memang tetapkan nekad
dalam hati. “Bila aku sihat, aku nak baca al-Quran banyak-banyak”.
Sama jugak dengan solat. Nurse
ada cucuk kat tangan untuk masukkan drip (rujuk gambar diatas). Boleh je nak
stopkan drip sekejap untuk solat, tapi everytime stop kena panggil nurse, and
bila dah stop and nak start balik drip tu akan rasa sakit sikit. So Ummi
cadangkan untuk solat duduk and tak perlu bukak drip. Kan kita tahu, setiap
pergerakan tu ada hikmah dia. After two days, seriously, I really miss
performing the rukuk, and sujud. Alhamdulillah, drip tu di-stop selepas dua
hari camtu.
Masa tu memang nekad dalam hati, “Bila
aku sihat, aku nak sujud sepuasnya”.
2)
Hidup sebelum mati
During the first week of the
study break, I went back to Kelantan for my brother’s wedding. Asthma came in
the morning that I was supposed to depart back to KL. Mulanya Ummi tak bagi balik
KL yet, tapi atas sebab-sebab tertentu, and sebab exam pun dah nak dekat,
terpaksa digagahkan untuk pulang. Tapi on the way balik tu, jalan sangat-sangat
jem till we took 13 hours to reach KL. So bayangkanlah, dalam kereta, bertahan
dengan asthma tu selama 13 jam. Serius, memang tak stop wheezing langsung all
the way. And yang paling sedih, bila borak-borak dengan my friends dalam
kereta, diorang tak boleh buat lawak or gelak cause I’ll be laughing too and
that’ll just make the cough worse. And masa tu tak boleh terlelap, sebab susah
nak bernafas.
And takut. Kalau tiba-tiba tak
boleh bernafas. Langsung.
Masa tu memang reflect all the
things that I have done, or the things that I have not done. Takut ? Yupp,
memang takut. Sebab kita ni kadang-kadang tak sedar. Mati tu dekat. Sebab kita
tak tau bila. So dia sangat dekat. Sangat. Mungkin tengah berbaring atas katil
sambil tengok Instagram artis-artis feveret, then pintu diketuk.
Malaikat maut tanya, “Kamu dah bersedia ?”
Kita pun jawab, “Belum la Encik Malaikat. Datang balik lagi
20 tahun eh. Bagi saya kumpul ilmu kumpul amal dulu. Eh eh eh ? Jzkk Encik
Malaikat”.
PFFT. NO !
Bila Allah SWT arahkan Izrail
untuk cabut satu nyawa, TIADA satu daya upaya pun untuk hentikan Izrail.
Again. Mati itu dekat.
Tapi SEPATUTNYA kita tak takut
mati. Pernah dibincangkan dengan kakak dalam bulatan gumbira. “Bila masa terbaik untuk mati ?”, tanya
kakak. Kitorang keluar laa macam-macam jawapan sendiri. Tapi kakak tak jawab
minggu tu. Dia kata, nanti dia bagi jawapan, suruh kitorang fikir dulu.
Beberapa minggu lepas tu, kakak
tanya lagi, siapa yang dah tau jawapan dia. Semua senyap, memang tak tau. “Masa terbaik untuk mati adalah sekarang.”
Eh. Nak kena bunuh diri ke ?
Oh no. Maksudnya, kita kena
sentiasa MENJAGA IMAN PADA TAHAP TERTINGGI. Sebab tu para sahabat Rasulullah
SAW, mana yang takut mati !
Pergh. “Jauhnya aku..”
Masa tu memang nekad dalam hati, “Selagi
aku hidup, akan aku hidup untuk Allah”.
IBRAH DARIPADA KAMAR RUMAH
Allah SWT itu, ar-Rahman.
Bila kita terlupa, Dia ingatkan.
Dia buat kita sakit, atau Dia
turunkan ujian.
Bila kita terleka, Dia tarik
tangan kita.
Dia letak bersama sahabat-sahabat
yang soleh.
Bila kita alpa, Dia ketuk pintu
hati kita.
Dia turunkan rasa rindu pada Dia.
Bila kita berfoya, Dia hilangkan
239 orang yang kita tak kenal.
Supaya kita muhasabah, kita
mungkin berada antara mereka.
Tapi kita di sini, kenapa ?
Kita sentiasa lupa, tapi Allah SWT sentiasa mengingatkan. Cuma
kita yang sudah faham, kita perlu berusaha untuk cari cara dan sentiasa INGAT.
Sebab mungkin, satu hari nanti, Allah SWT decides not to remind anymore, but
instead, to send Izrail over. Astaghfirullah.
Istiqamah, jawapannya.
Wallahua’lam.
P/S: I'd like to thank the person who sent me to the hospital and took care of me for 2 nights. I'd like to thank Ummi for taking care of me the following 2 nights. I'd like to thank those who came to visit. Those who brought me to the clinic. Those who sent prayers from afar and in silent. Those who wished me well in texts and in Instagram. Hope Allah SWT will repay all of you wonderful people with His astounding rewards (:
Lets pray for MH370, shall we ?