Wednesday, 20 February 2013

Popia Mak Cik Senah

*gruk gruk gruk*

Perut Amna berbunyi lagi. Kali ni Amna nekad. Perut itu harus terisi secepat mungkin. Amna menyusun langkah ke gerai mak cik Senah di hujung kampung. Nak masak, tiada siapa di rumah, takut tidak berhabisan makanan itu nanti. Mak cik Senah sangat feymes dengan popia nya. 

Feymes dari Johor ke Perlis.

*burp*

Setelah kekenyangan, Amna pulang ke rumah. "Aku sayang mak cik Senah, dah lah popia dia sedap, murah pulak tu." Tersenyum bahagia. 

Kerana terlalu sayang dan teruja dengan kesedapan popia mak cik Senah, Amna tiap-tiap hari nak makan popia. Balik sekolah, akan lalu depan gerai mak cik Senah. Tak cukup dengan itu, Amna bagitahu cikgu2, kawan2 dan jiran tetangga akan kesedapan popia tersebut. Dia nak, semua orang tahu dan dapat rasa betapa sedapnya popia makcik Senah. Bila semua orang dah tahu, barulah Amna berpuas hati.

Amna tersenyum bahagia. 


Kisah Sofea pula ~ 
Kali ini kak Comel datang ke bilik hostelnya lagi. Dibawanya pula nasi ayam. "Ya Allah, mesti sedap ni". Getus hati Sofea. Kak Comel bawa bersamanya dulang a.k.a. talam. Nasi ayam diletakkan di dalam dulang tersebut. "Ha apa pandang2, jum lah makan". Kak Comel mempelawa dengan senyuman paling manis dalam dunia. Sofea rasa kekok awalnya. Dalam hati "Wadeheck, makan dalam talam ? Biar betik kakak2 ni." Tapi bila Sofea mula makan dalam talam bersama kakak dan kawan sebiliknya itu, rasa macam ada aura yang menyelinap ke segenap bulu roma badannya. Nasi ayam terasa lain. Terasa lebih sedap. Dan aura itu. Aura itu. Sofea tidak tahu apakah ia. 

Kak Comel dan kak Cantek datang setiap minggu bawa makanan. Tapi makin lama pertemuan mereka makin panjang. Kini tidak hanya sekadar makan2 sahaja. Selepas mencuci talam2 yang ada, mereka akan duduk dalam bulatan, dalam bilik Sofea yang sempit. Dan kakak Cantek akan mula bercerita mengenai satu topik ke satu topik yang lain. Daripada kisah sahabat baginda Rasulullah SAW yang super-osem, hinggalah kepada tafsir al-Quran. Macam2 kak Cantek cerita. Sofea jadi semangat. Dibelinya terjemahan al-Quran berwarna pink. "Akak selalu bawa terjemahan ke mana2, dah la kecik, ada maksud dalam BM. Best nya !"

Sofea jatuh cinta. Sungguh.

Minggu seterusnya, Sofea ajak Hanis, Humaira dan Atifah. Kalau boleh satu block hostel tu Sofea mahu jemput ke bilik sempitnya, sama-sama dengar cerita daripada kak Cantek. Tapi apakan daya, bilik sekangkang kera tu hanya muat berapa orang sahaja. "Oh, takpe, Sofea ajak je lagi ramai2, kita boleh buat dekat surau lepas ni." Sofea senang dengan cara kak Cantek, tak memaksa. Setelah berbulan mereka berbulatan, barulah akak perkenalkan perkataan usrah kepada mereka. 

"Kalau adek-adek nak tahu, inilah usrah nama dia."

"Tapi kenapa sekarang baru akak bagitahu ?"

Kak Cantek tersenyum. 

"Kalau kak Cantek bagitau awal-awal dulu, nak ke Sofea makan dengan akak ? :) Akak tak nak, adek-adek ditakutkan dengan perkataan 'usrah'. Ramai orang takut, orang ingat usrah tu untuk orang-orang yang selalu pergi masjid, orang-orang yang hafal Quran 30 juzuk. No lah. Inilah usrah. Bulatan kita ni. Kita makan2, kita gi taman main basikal, kita cerita2. Inilah dia. Tapi still, akak prefer untuk panggil bulatan kita ni 'sitting', macam kita selalu panggil."

"Best lah sitting," ujar Humaira. 

Mereka tersenyum bahagia. 


Weh, amenda kau tulis ni ? Serabut.
Persamaan Amna dan Sofea; mereka dapat 'rasa' something yang best, cool, 'sedap'; mereka nak BAGITAHU orang. Kalau boleh semua orang yang mereka kenal rasa apa yang mereka rasa. 

Dau aura itu, aura itu adalah 'ukhwah'. Perasaan cinta yang wujud bila manusia2 bertemu kerana Allah. Sebab tu, Sofea tak pernah rasa aura itu dengan klasmet2 dia. Aura itu limited. Exclusive. Special.  Hanya untuk mereka2 yang bertemu dan berpisah kerana Dia ;) 

Usrah tu, macam makan popia mak cik Senah. Kita rasa sedap. Tapi tak guna kalau kita rasa sorang2. Sebab tu, kemanisan usrah tu, akan sampai ke klimaksnya (err ?) apabila seseorang tu membawa usrah mereka sendiri. Jadi seorang murabbi. Murabbiah. Naqib. Naqibah. Kakak usrah. Abang usrah. Mak usrah. Ayah usrah.

Tak cukup sekadar jadi anak usrah. 

Persiapan itu perlu. Bukanlah hari ni kita berbulatan, esok dah bawa adek usrah. Heh. Kalau orang power boleh la kot ;D Apa yang kita perlu buat sekarang, kalaupun kita masih belum bersedia, adalah untuk tanamkan azam dan tekad dalam diri. Satu hari nanti. Ya, saya nak jadi seorang murabbi !

Kan lagi best makan popia ramai2. Kedai mak cik Senah pun makin maju, alhamdulillah. Sitting Sofea pun makin besar, alhamdulillah.

Kan best kalau semua orang rasa apa yang kita rasa, kan ? ;)  


Friday, 4 January 2013

Twins of Faith 2012: Love is Cinta :)

Bismillahirrahmanirrahim (:

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas cari masa, akhirnya dapat jugak luangkan sedikit masa di blog usang ni. I know it's a bit too late, but Happy 2013 to youuuu (sape2 la yang tengah baca ni :D) ! So how was 2012 ? :) When my kakak naqibah asked me that question during our new year's eve happy circle, I was dumbfounded. Honestly, lots of things had happened, but unlike any other sisters in that circle that night, I had no life-changing-kind-of-experience in 2012.

That was such. A waste :( 

Nevermind. I prayed to Allah so that 2013 will be way better, ameen2 :) But alhamdulillah, despite the 363 days that drifted by swiftly, my final 3 days in 2012 were ohh-soo-amazingggg ! :D Went to TOF2012 on the 29th and 30th Dec, and spend the night with my beloved sisters on the 31st. Seemed like a perfect year end to me :') Nak cerita semuaaa, but nanti jadi novel pulak. Muqaddimah pun dah panjang bak hang ><" For this post, I want to share about what I learned during TOF2012, insyaAllah :) 

Signs of Love ~
When I listened to the opening remarks by the emcee, I was terkejut bangat, mata bulat punya terkejut O.O, bila dia cakap yang theme for this year's conference, was, LOVE. I was like, heh ? What ? Nak cakap pasal love pun kena bayar beratus ke ? *ceh kejam ayat, I know*. Love tu simple je kot. Orang tepi jalan pun boleh cakap pasal L-O-V-E. Overrated. macam2 la tanggapan negatif yang tak best ada dalam benak pemikiran. Tapi salah Amal jugak, sape suruh tak check awal2 kan, zzz. But when I took a look at the tentative, it was written there For the Love of God.  Sentap jap. Tu la Amal, lenkali husnuzhon. Husnuzhon ! ><

Macam Amal cakap kat atas, kalau nak share semua jadi novel lah kan ^^v So nak share pasal a talk from Sheikh Daood Butt. Kan kadang2 kita macam, tak tau, bila kita in love kan ;) Dalam 3 Idiots dia cakap kita ni in love bila kita tengok shawl perempuan tu macam kena tiup angin laa, then everything moves in slow motion laa, zzz ~ Hindustan en ^^v Sheikh described that there are a few obvious signs of love; 
1) It is easy to serve the one that we love
2) To have shyness 
3) We know everything about the one we love
4) Can sacrifice anything for that person

Ok. Ni dalam konteks yang Amal faham laa. Konteks dunia. Contohnya, Amal ada boyfie *yucks !*, nama die ZZZ. So bila Amal rasa Amal "in love" dengan ZZZ ni kan, Amal rasa senang je nak buat apa yang dia suruh. Kalau dia suruh pakai mekap, pakai. Dia suruh nyanyi, nyanyi. CONTOH yaa, contoh. Takde pengalaman pun, zzz ~ And Amal akan rasa segan ngan dia, kena pakai cantik2 depan dia, kena act like I'm all princess-like depan dia. Hmm, kan aweks2 sekalian ? ;) And hasil daripada "taaruf" kitorang, Amal akan dapat tahu baaaanyak pasal dia. Apa dia suka, malam tadi mimpi apa, ubat gigi brand apa, buang air besar berapa kali sehari, yada yada. Amal jugak, akan sanggup sacrifice apa2 la untuk dia. Beli hadiah mahal2, sacrifice masa study gi dating, tenaga, dan macam2 lagi. 

Pergh. Hebat en. 

Tu cinta haram bro. Cuba kita cinta Dia :) Kita takkan rasa solat tu susah, sebab tu Dia suruh :) Kita akan rasa MALU nak buat dosa, sebab Dia tak suka. Kita akan ingat 99 nama Dia, sebab kita sentiasa berusaha untuk kenal Dia :) and kita akan sanggup korbankan dunia untuk Dia, sebab Dia dah cakap yang dunia ni sementara :) 

KALAU lah, KALAU kita cinta DIA.

Kita selalu claim kita sayang Dia, sayang Rasulullah SAW. Tapi takde langsung kot tanda2 cinta tu dalam diri kita. Amal sentap sangat, amat, sungguh kot bila pikir2 balik. Rasa macam menipu. Rasa, hipokrit.

And yet, Amal selalu cakap Amal benci orang hipokrit. Diri sendiri ? 

Hipokrit dengan Allah SWT. sobs T_T

Recheck !
Sheikh Omar Suleiman in his talk pulak suruh kita muhasabah diri balik, adakah kita cakap kita sayang Allah SWT sebab kita betul2 sayang Dia or sebab kita nak benda2 di dunia ? For example, kita nk sangat2 4 flat, so we keep on praying and praying and praying, sebab kita nak 4 flat tu. So, sayang kita kepada Allah SWT tu sebenarnya bersebab, sebab kita nak meminta-minta kat Dia. Supposedly, sayang tu perlu datang sendiri daripada hati, IKHLAS :) Jom, kita sama2 betulkan niat balik kays !

Give a Little Love ~ 
I also learned that to be loved, you need to LOVE :) Rasulullah SAW is the best example. He was sooooo loving that even a camel pun mengadu kat baginda sebab kena seksa ngan tuan dia. When Fatimah came to him (when she was small), he would kiss her forehead and placed her at his seat ;) Sangat berbeza dengan adat kita zaman sekarang bila kids pegi dekat adults yang tengah bercakap-cakap ke apa, the adults would chase them away and say "Budak2 main jauh2". Pernah dengar kan ? ;) 

Love is like ECHO. You go to a mountain, shout "I hate you !", and "I hate you" will come back to you. Instead, if you shout "I love you", guess what will come in return ? ;) The speaker laughed and said that it was a lame example, but that was exactly how love works actually. 

Cho-mel ;) 

So in order to get love, GIVE LOVE. In order to be loved by Allah SWT, love Him first :) 

Don't Forget Your Home ~
Makin hari Amal rasa makin ramai yang terlibat dengan usrah, yang berusaha bersungguh-sungguh-sungguh-sungguh untuk berdakwah, bawak adek2 dalam bulatan gumbira. Bagus lah, sunnah baginda Rasulullah SAW kan, and apa yang Allah SWT suruh jugak ;) Tapi, pesan Sheikh Daood Butt, sunnah baginda jugak untuk bawa dakwah tu di rumah. Orang pertama yang peluk Islam selepas baginda dapat wahyu, Saidatina Khadijah Khuwailid wifey tercinta. Saidatina Aishah pula antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis and a great murabbiah to para sahabat. So if we claimed that we're a dai'e, we need, NEED, to try to bring the dakwah to our homes ;) Sheikh ada cakap, "What you do outside, do it at home too". Banyak yang Amal dengar daripada akhwat fillah, "Orang yang paling close dengan kita yang paling susah di-dakwah", termasuklah family. Teringat kami pernah diskus pasal topik ni masa bulatan. Kesimpulannya, kita kena CUBA jugak walaupun susah. And kami bersetuju, kita kena bermula dengan qudwah ---> direct translate; contoh/tauladan. So kita cuba tunjuk contoh yang baik; solat awal waktu, ajak mereka jemaah, damaikan rumah dengan ayat2 Allah SWT :) insyaAllah, hidayah tu milik Allah SWT kan. Yang penting kita cuba dulu. YOSH ! \^^/

Main Sorok-sorok ~
"Hide your good deeds just like you hide your sins".
Nuff said la kan ? Sentap jugak bila  Sheikh tu cakap begini. Kita zaman la ni update FB tu macam ambik nafas en, setiap saat pun nak update. So maybe, just maybe, tanpa sengaja kita ter-share amalan-amalan murni mulia terpuji kita tu dengan niat yang salah. NIAT tu penting y'olls ! InsyaAllah, kalau niat kita untuk berdakwah, tak lah dikira riak. Tapi kena la berpada-pada jangan la sampai nak hapdet "Ohhh, tadi I rawatib lepas isyak ! you adeww ?", "Semalam I tahajuud 26 rakaat tawww ! ~" or, "I suka gi masjid, setiap waktu solat pun I gi masjid". Erk. Ramai je para pendakwah yang guna FB/Twit-mwit/belog as medan dakwah. Tapi tu laa, daripada ayat pun kita dah dapat bezakan yang mana menunjuk dan yang tak. So yea, careful y'olls ! Yang penting luruskan niat ! :) 

One last thing
Mesti anda yang baca ni dah merungut sakit jiwa sebab Amal melalut tak habis-habis lagi kan ? :D hoho, sorry lah kalau bosan *ceh bajet ada orang baca je, zzz ~* One last point before I go to bed :) Cuba, cuba, cuba. Kita tanamkan azam untuk spend time ber-"taaruf" dengan Allah SWT dan baginda Rasulullah SAW. Like one of the speakers said, "Don't let the Judgement day becomes the day you are introduced to Allah SWT, but instead, let it be the day you'll be reunited with the One you LOVE."

For the love of Allah SWT, the Creator, the Sustainer, the ONE.

Wallahua'lam.

Saturday, 17 November 2012

Talk is CHEAP

Bismillahirrahmanirrahim (:

Ohhh, susahnya hati nak tulis pasal benda ni. Tapi takpe laa, tulis jugak. Jom sama2 kita muhasabah diri, okies ? Mana Amal ada salah cakap ke ape ke, mintak maaf banyak2 awal2. Ampunnnnn !

"Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(As-Saff:2-3)

Ayat al-Quran yang ini, rasanya sudah terlalu jelas terang dan bersuluh kan. Jadi tak payah la Amal nak sambung tulis lagi. Eh ? Tapi takpe, sebab Amal rajin, Amal nak sambung tulis. So anda kena sambung baca, THANKS ! ^_^v 

Semenjak dua menjak ni, hidup amal 'agak' adventurous. Ceh. Bukan la panjat gunung terjun bangunan segala bagai, adventurous in the sense that I've got to see things I haven't seen before, learns thing I've never known, hear stories I've never laid my ears upon. Dan daripada pengalaman2 ini lah Amal dapat buat satu kesimpulan. Kesimpulan AWAL dan mungkin TAK BETUL pun. 


Para dai'e sekarang lemah. 


Suka hati Amal je kan cakap orang macam tu. No lah. Kalau Amal kategorikan myself sebagai dai'e, maksudnya Amal pun tengah cakap diri Amal lemah. Yes, sebab tu Amal cakap jom kita muhasabah sama2, kan ? Jom. 

Bila Amal cakap dai'e di sini, Amal refer kepada golongan2 yang ada adek2 bulatan gumbira. First and foremost, Amal banyaaaaak sangat nampak golongan2 yang menyampaikan ini, tarbiyah diri sendirinya, ENTAH KE MANA. Sorry to say kawan2, tapi bila kita nak sampaikan pada orang, kita kena la make sure diri kita pun terisi jugak, ye dak ? Contohnya kita ada gelas, nak tuang air ke gelas lain. Kalau gelas kita kosong, apa yang kita tuang ke gelas lain tu ? Air longkang kah ? o.o TAPI. Here's the thing, bila kita nak tuang tuu, kita tak perlu tunggu gelas kita penuh kan ? Asalkan ada air, kita dah boleh kongsi ke gelas lain :) Harap faham analogi simple yang Amal buat ni. And oh yaa, kalau kita bawak adek2 dalam bulatan gumbira, kita SENDIRI pun kena la ada bulatan gumbira yang kita ikut. Setakat baca buku, dengar ceramah kt Youtube, sumpah Amal cakap, tak cukup nak bawak orang kenal Allah. Serius. 

Satu lagi, Amal nampak ramai dalam kalangan yang menggelarkan diri mereka para du'at ini, hidupnya sendiri TAK TERURUS. Mungkin Amal sendiri pun kadang2 macam tu jugak. Again I say, kita sama2 muhasabah. Tak terurus di sini Amal maksudkan; kelas selalu ponteng, baju tak berbasuh tak berlipat, lantai bilik tak pernah sapu, pinggan mangkuk tak pernah cuci, study terabai. You dare to call yourself a Caliph ? Erk. Get your own things sorted out first, then only you sort out the others. 

Last but definitely not least, maksud ayat yang Amal share di atas. Bagi mereka yang hanya PANDAI BERCAKAP. Yang CAKAP BERAPI, BUAT TIDAK. Amal jumpa banyak sangat orang macam ni. Banyak sangat. Dan na'uzubillah, mungkin Amal sendiri pun tergolong dalam kumpulan ni. Apa Allah cakap ? Dia BENCI golongan macam ni. B-E-N-C-I ! 


Astaghfirullah. 


Sahabat2 sekalian. Amal cakap ni, sebab Amal sayang. Kita cakap berkobar, semangat, orang lain tak semangat macam kita, tak sekobar kita. Cuba reflect balik dalam 100 benda yang kita cakap, berapa yang kita buat ? Yang lagi sedih, sahabat2 yang pendiam dikatakan tak bagus, kita yang banyak cakap ni yang bagus. Hello, mungkin, sahabat yang diam itu, cakapnya 1, buatnya 1000 ! Jangan anggap diri kita lebih BAIK just because KITA PANDAI BERCAKAP. Nope. Allah Maha Tahu, tahu ? :)

As the title says, TALK IS CHEAP. Kalau Amal pun buat je benda2 haram jadah yang Amal tulis kat blog selekeh ni, TOLONG, I beg you, TOLONG lah tegur. Kadang2 kita manusia terlupa. Fitrah manusia itu pelupa. 


I am, indeed, a very outspoken person. And when people ask me what's my strength or weakness, I'll regard being outspoken as a weakness. Seriously. Sometimes you may say something that will hurt others. Sometimes you may say something that is not even true. Sometimes you may EXAGGERATE things, making situations worse. Just because you're OUTSPOKEN. So at times, I prefer to keep quite and just listen. Because I don't want to make things worse by the things I say. 

Think before you speak out. Analyse. Investigate. LISTEN. You may see things from one view, but it's not necessarily RIGHT. 

Ingat surah as-Saff, ayat 2-3. Ingat. 




Wallahua'lam.

Friday, 16 November 2012

All these little things

Bismillahirrahmanirrahim (: 


2 Muharram 1434H


At first I was about to write this post just for the sake of updating. Then I realised that some of the experiences I had for the past few days were just too valuable not to be shared. Hence I renewed my intention. It's not only for the sake of updating. I hope it can touch some hearts. 

I was back from an international programme few weeks back. In the midst of finishing the reports, settling the accounts, juggling with the newly registered subjects (it's the starting of a new sem); I almost break down. Then I decided. All I need is a getaway. TO GET AWAY. So last Tuesday I packed all my stuffs, went to a trip not far from my campus, spent my night there. 


It was random, unplanned, and yes, one of the best decision that I made so far (: Back from the one-night-trip, I felt more calm, alhamdulillah. It was not about the place, it was not about the comfy beds; but it was because I got to spend the night with Him. Away from everyone. Just me and Him. Oh why ?


Hope that explains (: 

Then yesterday a friend of mine invited me to join them in a trip to Banting, to help the flood victims. Without hesitating, I said yes. Despite the unfinished tutorials. Despite the undone reports. Despite the lack of time to study. I said yes. 


It was my first time visiting flood victims. We went there just to entertain them. Alhamdulillah, we managed to conduct some simple games and give away some hampers to make them smile (: I was touched when one of the kid said this while they were playing musical chairs; "Alaa, takpe laa tak menang pun. Nanti dapat hamper kita kongsi la ramai2."

That was just too cute (:

Then we visited the families that were placed inside the classrooms. They were separated according to genders. And they have been there for more than 10 days. Yup, TEN DAYS. They were given mattresses and slept and lived and played and spent their 10 days inside that school. They may be smiling and laughing, but I could tell from their faces that they missed the place called HOME.  

What I have learned from all these little things; 

Ala bizikrillahi tatma'innul qulub. Verily in the rememberance of Allah, do hearts find rest. Ar-Ra'd, verse 28. We may have all the money in the world, all the comfort we can ever imagine, but only when we remember our Creator, He will set our heart at rest. 

Erti hidup pada memberi. Now I fully comprehend the phrase used by saifulislam. I felt a satisfaction no word can describe when I helped the flood victims. From now on, try to live not for yourself, but for others. Live to help others. Live to go to Jannah, with others. Then you would find that life is more meaningful. I felt like SUPERMAN :D

I would do anything to repeat all the things happened to me this week, again. 

Thank you Allah !

Wallahua'lam. 

Friday, 24 August 2012

Buat Aku Tersenyum :)

Bismillahirrahmanirrahim (:

Post ini bukanlah berniat untuk menjiwang, mahupun buat orang muntah hijau, tapi adalah semata-mata kerana Amal berpenyakit insomnia semenjak kebelakangan ini. And because I just feel like writing (: So you should feel like reading, ey ? haha, boleh plak >.<

Ohh, and kalau anda sedar *perasan ada follower tegar jap*, Amal ada tukar sikit sana sini dalam belog cikai nihh. Saja jaa, dah boring ;D Harap2 lepas ni dapat istiqamah menulis, ameen (:

Well this time I want to write about these 5 girls that I came to know by chance, not choice :) They are; 

Wiwi, Me, Farahin, Ira, Jaja, Athirah.
Hari ni birthday Wi sebenarnya, tu yang nak tulis pasal mereka nih :)

HAPPY BIRTHDAY WIYANA KADDERI !!!

Athirah and Farahin missing ;( 

Kami berenam disatukan dalam program I-Smart. Mulanya ada ramai lagi yang lain, tapi sorang demi sorang keluar so tinggallah kami berenam. That's why I said we're friends by chance. For me Allah ada sebab nak satukan kami ;) 

Special nya about these bunch of girls is that, I can't help but to feel happy when I'm with them :D Masing2 ada specialty masing2, and bila kami buat kerja ramai2, memang selalunya takkan stop2 gelak; no matter how depressed we are. Of cos, ada la ups and downs, but in the end, we'll get through it just fine ^_^v

It has been almost a year now, PBC pun is just around the corner. Honestly, I had lots and lots of fun throughout this one year working with all of you. We travelled to places, slept on the floor together, gilir2 mandi pagi so that tak terlajak tidur :D , went to mosques to open booths, had meetings every Sunday, became facis for kem pengawas, break fasts together ;D Whatever came, we managed to pull it through, TOGETHER. For now at least, and I hope it'll stay that way till the end of PBC, ameen :) 

Thinking back, we had gone through A LOT. Amal harap sangat2 yang Allah tetapkan hati2 kita dalam bekerja untuk PBC, moga niat semuanya FILLAH. Thank you for the friendship my dears, and thank you for making me feel like I belonged ;)  

Wednesday, 25 July 2012

Bulan membentuk tabiat, bukan bulan tunjuk hebat !

Bismillahirrahmanirrahim (:

Setelah lama kekeringan idea untuk menulis di belog cikai ni, akhirnya ! Tanggal 5 Ramadhan 1433H, Allah SWT telah menurunkan ilham untuk kembali menulis :) hee, moga bermanfaat !

Ramadhan is special to me because...

Dah semua orang tulis pasal Ramadhan, Amal pun nak lah jugak, kannn >.< so apa istimewanya Ramadhan ? Agak2 nya, kalau Amal nak cakap pasal pahala yang berganda-ganda, syaitan yang dirantai, pintu syurga yang terbuka dan pintu neraka yang tertutup; mesti sahabat semua dah tahu kan ? :) And the list could go on and on. But for me, Ramadhan is special because;

1) BANGUN. Hari tu Amal ada hapdet kt status FB;
"Bangun sahur di dinihari itu jauuuuh lbih senang drp bangun nk pgi klas (; 

Keberkatan Ramadhan ♥ moga kita terus istiqamah wlau Ramadhan berlalu pergi nnti, insyaAllah."
Maha suci Allah, Amal rasa senang sangat nak bangun pagi2 sahur tu. Dan bila dah bangun awal tu, roh pun sempat bersahur jugak alhamdulillah (; Kalau hari2 biasa, bukan main struggle nak bangun pagi =.= rumet pun tensyen kot nak mengejut Amal, hehe. 

2) RINGAN. Alhamdulillah jugak, bulan Ramadhan ini menyaksikan betapa ringannya tulang untuk beribadah kepada Dia, betapa ringannya lidah untuk menyebut nama Dia, dan ringan juga mata untuk menatap surat cinta Dia ^_^ mungkinkah kerana ketidakhadiran si penghasut tegar setan durjana ? hmm, mungkin. Apa2 pun, Amal seghonok ! :D

3) UKHWAH. Bagi Amal, bulan Ramadhan inilah bulan untuk membina ukhwah ataupun memantapkan ukhwah sedia ada :) Kalau di kampus Amal, kami ada iftar setiap hari di surau. Seronok makan ramai2 ! :D And Amal ni jenis yang suka berkenalan, so bila nampak muka yang tak familiar, Amal akan tegur and bertambah lah lagi nombor2 telefon dalam Contacts Nokia E5 tuu, hehe. Masa tarawih pun sama, bila salam2 tu, Amal cuba untuk bertanya-tanya nama :) seghonok lagi ! :D

4) MASA. Dari segi masa pula, Amal rasa Ramadhan ni jadikan masa kita lebih panjang (ha, mesti tak faham kan ? >.<). Erm, contoh, kita bangun sahur kan, kadang2 kalau siap makan cepat, ada sedikit masa sebelum subuh. For me, that's my prime time :) Nak study ke, menghafaz ke, senang bangat waktu itu. And kita dah kurangkan masa sebab tak perlu lunch kan. So lunch break antara kelas2 tu boleh dimanfaatkan untuk menatap surat cinta Ilahi dan melakukan solat2 sunat; which, sebelum ni kita terkejar-kejar nak melaksanakannya. Hoho, osem kan :D

Banyak lagi sebenarnya, tapi kalau Amal nak list semua memang tak larat la kome nak baca, hehe. Amal rasa Ramadhan ini Allah SWT turunkan tanda kasih Dia pada kita. Terlalu banyak keistimewaan Ramadhan. Terlalu banyak :) 

Realiti Masyarakat Kita...

I was browsing through FB when I came across this conversation; 
A: Hang da baca al-Quran sampai mana ? Dah 4 Ramadhan nihh.

B: Ohh, baru juzuk 3, cheq baca ngan makna skali, lembab skit haa.
A: Hah ? Mana boleh lagu tuhh, cheq da juzuk 8, kan cita2 nak khatam 2 kali Ramadhan nih.
B: Takpa, hang pi la dulu.
C: Sahabat, Ramadhan adalah bulan membentuk tabiat, bukan bulan tunjuk hebat :D
Too bad Amal tak kenal siapa si fulan C tuu, kalau tak Amal dah pegi kat dia bagi 100 markah :D  Tepat sekali titah beliau,  hehe. 

Realiti masyarakat kita sekarang, kita berlumba, all out, beribadah HANYA di bulan Ramadhan. Okayy, Ramadhan khatam al-Quran 14 kali, 11 bulan al-Quran entah ke mana. Ramadhan sedekah separuh gaji, 11 bulan tak pernah bagi sesen pun kat orang miskin. Ramadhan tiap2 hari gi masjid, 11 bulan sekali pun tak pernah jenguk masjid. Hmm, apa ni wehh ? :( 

Ada sebabnya kenapa Ramadhan itu SEBULAN. Kerana Ramadhan adalah medan latihan, supaya 11 bulan lagi kita semantapnya untuk istiqamah, meski tanpa ganjaran sehebat Ramadhan. Oh well, Amal takde laa hebat mana pun nak tegur itu ini, serius ni tegur diri sendiri jugak, SUMPAH. Bersedihlah jika kita dapat khatam 2 hari sekali pada bulan Ramadhan, tapi bulan lain tak sentuh al-Quran pun. Bersedihlah jika kita dapat berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, tapi puasa sunat Isnin Khamis pada bulan lain tak pernah buat pun. Bersedihlah. Ramadhan kita sia2. 

Jadikan azam Ramadhan ini...

Untuk tidak mensia-siakan Ramadhan kita, hadiah daripada ar-Rahman untuk kita, apa kata, tahun ini, 1433H, kita jadikan Ramadhan kita sebagai turning point. Cabaran sebenar kita bukanlah pada bulan Ramadhan, but to keep up with what we have started in Ramadhan for the next 11 months ! :D InsyaAllah, itulah azam Ramadhan Amal tahun ini. Well memang la bulan lain takde tarawih semua tuu, tapi ibadah yang kita boleh continue, CONTINUE ! Tempoh percubaan Ramadhan ini, the real battle is in the next 11 months.

Up for it peeps ? :)

Remember, Ramadhan bulan membentuk tabiat, bukan bulan tunjuk hebat :D

Wallahua'lam.



P/s: Too Phat kata; "Bukan berkhutbah, cuma betuli diri jua". ;) 





Friday, 18 May 2012

Berubah itu sukar ? hmm.

Bismillahirrahmanirrahim (: 


Usai menghabiskan bab ke-28, buku Versus nukilan Hlovate, Amal termenung sekejap. Versus sangat dekat dengan hati sebenarnya. Tentang perubahan 540 darjah bak kata Hlovate, tentang ditarik kembali ke jahiliyyah itu, tentang kekuatan untuk menepis, tentang KITA.


BERUBAH ITU SUKAR. Ohh, haruslah. Kalau senang, takde laa benda ni jadi isu. Takde laa dalam diri ada perang dunia ketiga kan. Bila kita berubah, kita sebenarnya meninggalkan jahiliyyah kita, dan bergerak ke sesuatu yang lebih baik. Melangkah ke cahaya. Berjalan ke arah Dia. Syaitan tak suka benda ni, sebab tu syaitan bisik benda bukan2, lempar godaan segala macam. Supaya langkah kita terhenti, or worse, kita patah balik. Di situ perlunya KEKUATAN DIRI. 

Tapi kita silap, selalu cakap "Ohh, sabar laa. Aku belum cukup kuat nak berubah". Masalahnya, kekuatan itu datang daripada Allah. Kalau kita tak pernah mintak, memang lah Dia tak bagi. Memang lah tak kuat. Memang sampai bila2 pun tak berubah. Memang. 

Berubah, ada cara dia. Ini cara Amal, just nak share :) yang mana baik, ikutlah. Yang mana tak relevan, buanglah. And no, bila Amal share benda ni, I'm not saying that I'm perfect, dah berubah sepenuhnya. NOPE. Masih mencuba sedaya upaya. Cumanya, bila berkongsi, manalah tau ada sahabat yang nak berubah sama2. Adalah teman di jalan jihad ni, aite ? ^_^

1) KENAPA PERLU BERUBAH. Sebelum nak berubah, of cos we need to have a valid reason utk berubah kan ? Contohnya dalam Versus (sorry cerita tu tengah fresh dalam kotak memori ><), si Ashraff Omar tu perlu lah betul2 clear, faham, mengerti; kenapa dan mengapa dia perlu tinggalkan skateboarding, b-boying and whatnot. Dan bukan hanya tahu, perlu FAHAM dan YAKIN. Hence, alasan tu mestilah cukup kukuh, ye dak ? Apa2 pun sebab untuk kita berubah, suka untuk Amal sarankan, tukarlah niat kerana ALLAH semata :) sebab, bila kita berniatkan yang kekal, insyaAllah kekal lah perubahan kita tu kan ? ;) contoh, kalau nak stop smoke, sebab apa ? Awek tak suka ? Okay, kalau awek dah blah nanti, boleh la smoke balik kan ? Hmm. Tapi kalau stop smoke sebab benda tu boleh bahayakan kesihatan, dan apa2 yang memudaratkan diri tu Allah tak suka, and stop sebab Allah tak suka, kekal lah perubahan tu insyaAllah :) awek ada takde, no hal lah ! 

2) CARI KEKUATAN DIRI. Macam Amal cakap kat atas, kekuatan datang HANYA daripada Allah. So, ber-DOA-lah banyak banyak banyak, moga kita cukup kuat. Hmm, I don't know about all of you, tapi Amal suka bila orang buat azam tahun baru, be it Hijrah ke, Masihi ke, tak kisah laa. At least, ada satu turning point, pusher, reason, force, drive, untuk orang tu berubah. Some sort of kekuatan jugak tu :) Ohh, I'm not saying tunggu 2013 baru nak berubah, NO. Cari turning point. Cari FORCE ! Berubah yang paling baik mestilah yang paling segera kan kan ? ;) 

3) CARI KEKUATAN DI LUAR. Ini perlu, untuk terus ISTIQAMAH dengan perubahan tuu. Bila nak berubah, dampingi kawan2 yang akan beri kekuatan kat kita, yang boleh tegur bila kita buat salah, and kita pun boleh terima teguran dia :) InsyaAllah, dengan adanya sahabat2 dan keluarga yang faham akan misi kita, kita akan lebih kuat, lebih SEMANGAT ! \^_^/

4) UJIAN. 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

(Al-baqarah:214)

Sesungguhnya, Allah AKAN uji kita. Kita perlu KUAT ! Apabila diuji, ingat balik KENAPA kita berubah, dan REACH OUT for help, minta bantuan daripada sahabat, keluarga. Istighfar banyak banyak banyak banyak. Ingat yang syaitan itu takkan putus asa dalam menyesatkan kita. So, kita tak boleh TEWAS ! As for me, al-Quran is my strength. Selagi hati dekat dengan al-Quran, insyaAllah, syaitan tak berani kacau. Kalau datang pun bisikan2 durjana tuu, be strong enough to say NO ! :)

5) TASBIH DAN ISTIGHFAR. Bila kita dah berjaya kick-out jahiliyyah dengan hensem dan macho nya, menempuh ujian Allah atas jahiliyyah kita itu dengan jayanya, maka ucapkanlah, 

SUBHANALLAH ~
ASTAGHFIRULLAH ~

Seperti firman Allah dalam ayat ketiga surah an-Nasr; 

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

Ayat ini diturunkan setelah Rasulullah S.A.W. dan para sahabat berjaya menawan kembali Kota Mekah. Kemenangan berpihak pada Islam ketika itu, dan RAAAAMAI yang memeluk agama Islam selepas peristiwa Fathu Mekah tersebut :) ayat ni, seakan mengajar kita ADAB menyambut kemenangan, iaitu dengan bertasbih dan beristighfar. Sama la macam bila kita dah berjaya kikis karat jahiliyyah, itu  kemenangan buat kita, kan ? :D

Sweeeeeet :')


Okayyyyy, dah berceloteh panjang lebar. Harap2 ada la yang sahabat boleh manfaatkan ^_^v ingat, berubah tu MEMANG sukar, tapi berbekalkan azam dan determination yang kuat, KITA BOLEH ! :D After all, Allah kan ada untuk tolong kita. Ikhlaskan hati kerana Dia. Jadi lebih baik, yuk ! >.<

Wallahua'lam.