Tuesday 17 January 2012

Selamat tinggal air mata

Bismillahirrahmanirrahim.

Otak ligat mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara. Susah. Hmmmm, pernah rasa sedih ?

Okay laa, since semalam Amal terasa sedih sebenarnya. Adalah sebabnya. Punya la rasa nak nangis, in fact I did a few stupid things untuk paksa air mata keluar, sebab dada rasa sesak. Contohnya, join kawan tengok Ombak Rindu *kena tutup mata hampir separuh perjalanan cerita*. Tapi, tak keluar jugak air mata. Oi ape ni, kata sedih. Nangis tak boleh. Erkkk =.=

Hari ni bangun dengan kepala berat. Masih tak boleh nangis. Termenung seketika. Kenapa Amal perlu paksa diri untuk nangis kalau ayat2 suci Allah boleh tenangkan dada yang sesak ? Kenapa Amal perlu rasa sedih kalau HANYA Allah tempat Amal bergantung harap ?

zap zasss.

Setiap manusia ada kekurangan. Amal nak berterima kasih kepada orang yang buat Amal rasa sedih tu, sebab kerana dialah, Amal sedar yang sedih itu bodoh, air mata itu sia2, kalau bukan kerana Allah ! Buat apa Amal perlu rasa sedih dengan perbuatan manusia kalau Allah ada untuk mengadili dan melindungi Amal ? So when I looked back, I realised, I have not been putting Him as my top priority, as the only one I cling on to, because if I have done all that, I won't be sad at the first place. In fact, I would NEVER feel sad at all. Because He's here with me, always :) 

Hence my dear, words like lonely, sad, frustrated, disappointed, should never exist in a Muslim's dictionary. Remember that Amal.

Kerana Allah itu, 
Ada di mana2,
Dekat dengan diri kita,
Faham kita like no other,
And of course, He's the greatest lover.

"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat...." (2:186)

To that someone, hear me say, you can NEVER bring me down. Cos I have Allah, I have my pink al-Quran, and those made me as strong as a SUPERMANGGG ! ^^v hukk !






Nota kaki: Tak tahu macam mana orang yang boleh melakukan aksi sebegitu rupa, walaupun hanya berlakon, boleh menggelarkan diri mereka Islam. hmm ? tapi terkesan dengan ayat last, "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah".

Nota kaki 2: Biarlah air mata yang mengalir di pipi kita selepas ini, jatuh kerana sesal atas dosa dan hanya kerana Dia.

Monday 16 January 2012

Ada apa dengan UKHWAH ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Blog dibuka. Tarikh entri terakhir diperiksa.

29 NOVEMBER 2011.

Woahh, da lebih sebulan tak update. Bukannya takde benda nak cerita. Baaaaaanyak je benda yang nak dicelotehkan kat sini, TAPI.

Assignment baaaaaaanyak laa. BUSY !

Ah-lah-sann =.=

Update blog ? Nanti2 laa, tutorial pun berlambak lagi oi !

Ah-lah-sann jugaks =.=

Alaaa, apa sangat la blog cikai tu, entah2 takde orang baca pun.

Ah-lah-sann lagiks =.=

So yea, bak kata teman sebelah rumah dalam random chat kami tadi, 

"Nak buat baik ni memang banyak halangannya."

Oh yeap, so true. Semua orang ada 24 jam, tapi sejauh mana KE-BERGUNA-AN kita punya 24 jam ?

Erk, study la bro. Student kan, nak buat apa lagi ?

Heh, awok tok blaja syahadatul haq lagi eh ? takpo, nati awok ado maso awok mitok ore ajar k :) *klau tak faham tkpe, disengajakan*

So alhamdulillah, setelah Amal me-nyettle-kan urusan2 keduniaan yang tak berhabisan tu, Amal dijemput ke konferens riang di tut tut tut, pada tut tut tut, selama tut tut tut hari. It was just in the nick of time, I think. Iman yang menderita melonjak kegirangan menerima berita tersebut. SENYUM LEBAR ^_^

Like always, bila ke konferens riang akan ada pengisian, dan macam2 lagi aktiviti2 yang membawa kita kepada Kekasih hati. tapi yang Amal nak highlight kat sini, Amal rasa iman Amal melonjak juga dengan satu perkara lain.



Adanya bidadari2 syurga yang lain.



Bila dikelilingi akhwat yang suci hatinya, bersih jiwanya, dan bercinta HANYA dengan Yang Agung, terasa diri makin makin dekat dengan Dia. Terasa diri ingin berlumba berebut syurga bersama mereka. Terasa diri sungguh rindu akan si Pencipta. Dan terasa diri, ingin lebih lebih mencintai Dia. 

Manakan tidak, dalam kelompok inilah Amal berasa tenanggggg bangat. Bercerita, hanya tentang Allah dan Rasulnya. Bergelak tawa, hanya kami Hawa yang ada. Berjumpa, hanya niat kerana Dia. Dan apabila bersalampeluk dengan mereka, seakan ada electric shock meresap dalam segenap sendi, beri semangat baru ^_^



Amal rasa ianya misteri. Macam mana Amal boleh berasa tenang macam tu ? Macam mana muka2 yang Allah baru pertemukan buat pertama kali, jadi sumber kekuatan Amal waktu tu ? Anda ada jawapannya ? Sila bagitahu ya ><

Ada apa dengan ukhwah, itu Amal masih tak tahu, cuma yang Amal tahu, ada Allah di hati kami. Persamaan itu, membawa 1001 magic yang tak akan boleh kita fahami. 

Semoga berjumpa lagi di taman firdausi, bidadari2 syurga.






Ini bukan kami, ini gambar daripada pakcik google ^^






Nota kaki: Tersenyum sepanjang menulis ini entri. Had one of the best weekend ever, and already missing those calming faces (;